Gambar Opening Act Nitrus Sebelum Konsert Peterpan @ Stadium Negara

Hentian terakhir Konsert Peterpan Jelajah Malaysia 08 LIVE telah pun berlangsung semalam. Budiey turut ke sana untuk melepaskan rindu untuk mendengar lagu-lagu nyanyian dari Ariel Petepan yang masih digilai ramai itu. Antara lagu yang menjadi kegemaran Budiey ialah Hari Yang Cerah, Mungkin Nanti, Jauh Mimpiku, Topeng, Mimpi Yang Sempurna dan Menghapus Jejakmu.

Mungkin impak dan hasil daripada promosi hebat yang diwar-warkan oleh penaja utama iaitu Celcom menjadikan konsert Peterpan kali ini berjaya menarik ramai peminat datang.

Budiey boleh buat perbedaan sendiri antara konsert Dewa yang berlangsung tahun lepas dengan konsert Peterpan ini. Suasana dewan stadium yang besar itu kelihatan penuh tak kira di zon arena mahupun di tempat duduk atas. Stadium Negara dikunjungi ramai peminat mungkin kerana tiket agak senang untuk didapati di mana dengan hanya membeli Paket Keren Peterpan dan tambah nilai RM30 akan mendapat tiket Celcom Zon dengan percuma.

Sebelum mendarat di Stadium Negara, Peterpan telah berjaya menggamit peminat di Tawau, Kuching, dan Johor Bahru yang berakhir pada 26 April lalu. Peterpan yang menjadi Ikon Power Celcom dikatakan masih lagi punya ramai peminat sebenarnya. Bisa bertahan lagi walaupun Malaysia kini kebanjiran dengan ramai band daripada Seberang.

Jam 8 malam, peminat dilepaskan masuk. Sebelum masuk, macam biasa kawalan keselamatan dijalankan bagi memastikan penonton tidak membawa bom atom, pisau dan sebagainya.

 

Penjual yang ramah: “Bang, mau beli celcom ka? Dapat tiket free.”

Budiey: “Takpe, saya dah pakai Maxis. Kalau Celcom sponsor Budiey.com baru bertukar ke Celcom…”

Huhu… tiba-tiba la kan. Penjual itu lalu tersengih tawar, keliru dan kelihatan hampa.

Budiey: “Kak, tolong senyum sikit untuk pembaca Sensasi Selebriti…”

Peragawati Channel X: “Alah, malulah… I dah posing sakan dah ni, okay apa.”

Sebelum konsert bermula, Budiey lepak dengan Suzila; wartawan daripada Bernama TV. Minah ni sempoi giler! Korang boleh dengar dan tonton temuramah Su di saluran Bernama TV. Kebanyakan berita hiburan dan umum dia yang buat.

Opening act dimulakan dengan tiga buah lagu dari Nitrus. Band yang Budiey kira agak tenggelam ini sememangnya layak diberi peluang untuk menghangatkan pentas kerana lagu-lagu mereka pun boleh tahan. Tidak kekampungan seperti band Malaysia yang satu lagi tu. Ops!

Sejarah & Fakta Nitrus:
Nitrus ditubuhkan pada sekitar tahun 1999 oleh Eddie, Syed, Aux dan Ikan. Eddie dan Syed berkongsi tugas sebagai vokalis utama dan juga bermain gitar manakala Aux sebagai pemain drum dan Ikan bermain bass. Pada tahun 2000 mereka telah merakamkan dua buah lagu dalam bentuk demo iaitu ‘Better Days’ dan ‘Twisted’. Demo tersebut telah menarik minat Posse Records untuk menawarkan Nitrus merakamkan dua buah lagu tersebut di dalam sebuah album kompilasi yang diberi nama ‘Another Boring Sunday’. Pada tahun 2001, album ini telah dipasarkan dan single ‘Better Days’ dan ‘Twisted’ telah diputarkan dicorong-corong radio

Menerusi kedua-dua lagu ini, Nitrus telah berjaya membawa pulang Anugerah Artis Harapan pada AIM 2002. Tahun 2001 dan 2002 juga telah menyaksikan pengunduran Ikan dan kemudiannya Aux, dan mereka ini telah digantikan oleh Bob (bass), Faizul (drum) dan Asiw (gitar utama). Dengan line up baru ini mereka telah mengubah hala tuju Nitrus kepada sebuah kumpulan muzik yang menyanyikan lagu-lagu Melayu. Oleh kerana kerjasama bersama Posse Records tidak berpanjangan, Nitrus telah mengambil keputusan untuk bergerak secara independent. Mereka merakamkan lagu ciptaan mereka di studio yang mereka bina secara berperingkat di rumah Eddie.

Nitrus juga bergerak aktif dalam memenuhi jemputan gig dan persembahan disekitar Lembah Kelang, Melaka, Pulau Pinang, JB dan Kuantan. Pada tahun 2003 menyaksikan perubahan pada line up Nitrus sekali lagi dimana Rafhan telah mengambil posisi sebagai vokalis utama menggantikan Eddie dan Syed manakala Asiw mengambil keputusan untuk mengundur diri. Tahun 2004 pula, Faizul meninggalkan Nitrus dan digantikan oleh Is sebagai pemain drum.

Muzik kumpulan Nitrus agak sukar untuk dilabelkan. Bersahaja, ianya berorientasikan rock yang digarap dengan sentuhan komersial. Dengan berbekalkan pendekatan ini, Nitrus dengan berani menghasilkan album kedua mereka yang dirakamkan sepenuhnya di studio kediaman mereka “Surtin Studio, Nar studio dan King Studio. “Resah” dipilih untuk single pertama didalam album yang mengandungi 10 buah lagu ini dan turut memuatkan 2 lagu dari soundtrack Filem “GoodBye Boys” Hujung dunia dan bintang-bintang bagi tidak menghampakan peminat mereka.

Album ini mengambil masa hampir setahun untuk dihasilkan bermula daripada proses penyusunan lagu, rakaman, adunan dan suntingan. Kumpulan Nitrus amat beruntung kerana dibantu oleh sentuhan adunan dan suntingan Zairi,Amir sulaiman dan Greg Henderson, Antara nama yang sering dikaitkan dengan kerja-kerja produksi muzik tempatan.Rata-rata lagu-lagu Nitrus bertemakan kehidupan, perhubungan, Ketuhanan,Kritik sosial dan tentunya cinta. Namun setiap satu daripadanya mempunyai kekuatan tersindiri dari segi melodi, susunan muzik dan bunyi.

– kredit: Profile Artis Blog

Nantikan gambar band Hujan dan gambar sekitar konsert Peterpan yang akan disiarkan tak lama lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti @ Anugerah Planet Muzik 2008: Part 3

Sekitar Readers ToGether Gather ke 6 – Filem Congkak