in

Gambar Nur Fazura di Majlis Bersama Peminat Setia di Hotel Le Meridien

Hari Yang Indah Bersama Bintang Selebriti LUX, Nur Fazura

Untuk saiz gambar Nur Fazura yang lebih BESAR, sila klik SINI

Le Meridien, Kuala Lumpur, 29 Julai 2011 – Bagi peminat setia Bintang LUX Nur Fazura, berjumpa sendiri dengan beliau sudah cukup menerbitkan perasaan gementar, jadi semestinya dapat meluangkan masa seharian berkenalan dengan beliau umpama mimpi indah yang menjadi kenyataan.

Sememangnya mimpi itu benar-benar menjadi realiti bagi sekumpulan gadis bertuah dan teman baik atau lebih dikenali sebagai BFF mereka sebagai ganjaran mencipta tandatangan LUX secara kreatif dalam peraduan baru-baru ini, yang diadakan oleh LUX dengan kerjasama Mydin.

Kumpulan itu mendapat peluang yang jarang-jarang ditawarkan untuk belajar tip kecantikan dan rahsia penjagaan tubuh dari beberapa pakar kecantikan, disertai sesi istimewa apabila si jelita Fazura sendiri berkongsi tip kecantikan peribadi beliau untuk kelihatan hebat! Mereka kemudiannya dilayani seperti VIP apabila dimanjakan dengan sesi merias kuku.

Fazura

Menjelang malam, perkara yang dianggap oleh ramai orang sebagai hari yang sempurna, diakhiri dengan sesi makan malam ramah-mesra bersama Fazura, di mana pada waktu itu semua orang sudah menjadi akrab. Bagi merakamkan detik bermakna itu, gadis-gadis riang itu bergilir-gilir mengambil gambar peribadi mereka bersama Fazura dan setiap seorang daripada mereka membawa pulang produk mandian badan LUX yang sudah ditandatangani secara peribadi oleh Fazura.

“Setiap wanita mengimpikan untuk kelihatan dan berasa jelita, yang hadir secara semula jadi apabila tahu bagaimana membawa diri kita pada tempatnya dan berasa selesa dengan penampilan kita. Bengkel kecantikan bersama Fazura ini yang bertujuan memberi ganjaran kepada para pemenang bertuah kami yang menyokong LUX pastinya dapat membantu mereka memperoleh beberapa maklumat berharga tentang bagaimana kelihatan dan berasa berseri-seri,” kata Brand Manager of Personal Wash LUX, Tanya Teng.

LUX baru-baru ini melancarkan produk rangkaian mandian badan kecantikan LUX ‘Soft & Silky Smooth’ yang melengkapkan rangkaian LUX ‘Fine Fragrance Elixirs’ yang dilancarkan terdahulu pada tahun ini. Rasa mewah, tarikan dan sensual rangkaian LUX “Soft and Smooth” dapat dinikmati dalam dua varian berharga; LUX Soft Touch and LUX Velvet Touch.

Fazura

Mengenai LUX
LUX mula diperkenalkan sebagai sabun mandi pada 1925. Dihasilkan oleh Lever Brothers, ia tiba di UK pada 1928, dengan menjanjikan bersamanya rahsia yang dijaga rapi oleh Perancis bagi menghaluskan kulit, memberi aspirasi tetapi mudah didapati. Sejak detik pelancarannya lagi, LUX sentiasa percaya pada strategi bintang untuk menjadi Jagaan Kecantikan Kegemaran Hollywood.

LUX percaya bahawa berkelakuan cantik adalah satu cara mempersembahkan wajah terbaik anda kepada dunia dan memaksimumkan apa yang anda miliki. Ia merupakan pilihan sedar untuk menjadi cantik dan menikmati keseronokan menggunakan kecantikan anda. LUX menjadikannya mungkin buat setiap wanita untuk menjadi cantik dalam banyak cara yang memuaskan.

Pada 1950-an, LUX tiba di Malaysia dengan membawa bersama-samanya barisan bintang global seperti Aishwarya Rai, Priyanka Chopra, Rachel Weiz hingga kepada bintang LUX tempatan seperti Amy Mastura, Sheila Majid, Fauziah Latiff, dan Erra Fazira. Warna sabun dan bungkusan LUX diubah beberapa kali bagi menggambarkan trend fesyen. Pada 1958, lima warna menerajui rangkaian: merah jambu, putih, biru, hijau dan kuning.

Bagi 2011, keseluruhan rangkaian LUX bakal dilancarkan semula di Malaysia bagi membawakan teknologi baru dan bungkusan baru. Rangkaian LUX ini terdiri daripada Soft Touch, Velvet Touch, Magical Spell, Secret Bliss, White Impress dan Wake Me Up. Pada 2011, LUX juga diiktiraf sebagai jenama sabun nombor satu di Asia.

Fazura

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia X Partners British Government Foreign & Commonwealth Office

Perodua Tweckbot Pastikan Anda Selamat Di Musim Perayaan