in

Gambar Nur Fazura di Anugerah Stail EH! 2012

Pada malam ini (4 Julai 2012) berlangsungnya Anugerah Stail EH 2012 anjuran majalah EH! majalah gaya dan hiburan di bawah naungan BluInc Media, diadakan di Hotel Grand Dorsett Subang, jam 8 malam. Dibawakan oleh Sa Sa, anugerah tahunan ini dihoskan oleh Karl Shafek (pengacara Hip TV) dan Nabil Suria FM.

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza turut memeriahkan Anugerah Stail EH yang mengiktiraf selebriti, jurusolek dan artis yang mencintai fesyen dan gaya.

Kategori baru yang diperkenalkan tahun ini, Anugerah Pembaca Stail EH! yang mana pembaca EH! menghantar gambar paling bergaya dan penyokong laman facebook EH! mengundi antara sepuluh finalis [ilihan sidang redaksi EH!

Pemenang dipilih berdasarkan undian dari pembaca dan orang ramai dan juga pemilihan dibantu juga oleh para panel serta rakan media dalam industri hiburan tanahair. Lebih daripada 100 orang calon telah disenarai pendek dan mereka ini terdiri daripada bintang yang sering menghiasi dada-dada media massa, mereka yang sering bergaya di acara-acara prestij dan tentunya mereka yang terlibat secara langsung dalam industri hiburan.

Undian bermula pada 1 Mei lalu dan undian telah berakhir pada 25 Jun 2012.

Antara penyampai anugerah ialah Juliana Evans, Elfira Loy, Fahrin Ahmad, Zain Saidin, pasangan bercinta Kamal Adli & Intan Ladyana, Shah Iskandar, Siti Saleha, Sari Yanti, Wan Sharmila, Aishah Sinclair, Iz Sulaini,

Ramai juga artis yang buat persembahan. Antaranya, Shawn Lee, beatbox nombor satu Malaysia (nombor 8 di dunia), Dina Nadzir, Shila Amzah, Adira, Awi Rafael.

Ada 17 kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Stail EH 2012

  1. Pemenang Anugerah Pembaca Stail EH: Nik Nurain Nik Mohd Azizan.
  2. Pemenang Anugerah Selebriti Harapan Pilihan: Izara Aishah
  3. Pemenang Anugerah Selebriti Wanita Bentuk Badan Paling Cantik: Fouziah Gous
  4. Pemenang Anugerah Selebriti Lelaki Bentuk Badan Paling Segak: Anding
  5. Pemenang Anugerah Jurusolek Selebriti Pilihan: Najeeb Azami
  6. Pemenang Anugerah Fesyen Selebriti Pilihan: Rizman Ruzaini
  7. Pemenang Anugerah Selebriti Mesra Peminat: Shila Amzah
  8. Pemenang Pasangan Selebriti Pilihan: Noh Hujan & Mizz Nina
  9. Pemenang Anugerah Selebriti Wanita Paling Seksi: Rozita Che Wan
  10. Pemenang Anugerah Selebriti Lelaki Paling Seksi: Hans Isaac
  11. Pemenang Anugerah Selebriti Paling Fotogenik: Scha Alyahya
  12. Pemenang Anugerah Selebriti Pilihan Kulit Majalah: Fasha Sandha
  13. Pemenang Anugerah Model Pilihan Majalah: Tengku Azura
  14. Pemenang Anugerah Selebriti Serba Boleh: Aznil Hj Nawawi
  15. Pemenang Anugerah Selebriti Pencapaian Terbaik: Dato’ Siti Nurhaliza
  16. Pemenang Anugerah Selebriti Wanita Paling Bergaya: Nur Fazura
  17. Pemenang Anugerah Selebriti Lelaki Paling Bergaya: Awal Ashaari
  18. Pemenang Anugerah Style EH! 2012 dimenangi oleh Nur Fazura. Congrats beb. U mmg layak utk gelaran teratas ini. #AnugerahEH

Antara selebriti yang Budiey lihat hadir di karpet merah ialah Rozita Che Wan, Dato’ Siti Nurhaliza, Nur Fazura, Sazzy Falak, Mizz Nina, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Mizz Nina & Noh Hujan, Siti Saleha, Iz Sulaini dan ramai lagi.

Gambar Nur Fazura di Anugerah Stail EH! 2012

Seperti yang dijangka, fesyen yang diperagakan oleh Nur Fazura tetap menjadi tumpuan. Apatah lagi, fesyen yang menggunakan warna terang & color blocking menjadi tema untuk fesyen elegan ini. Direka oleh pereka fesyen terkenal dan kasut pula berwarna emas berkerlipan dari jenama kasut tersohor French iaitu Christian Louboutin.

Fazura Anugerah EH

Fazura Anugerah EH

Fazura Anugerah EH

Fazura Anugerah EH

Fazura Anugerah EH

Fazura Anugerah EH

Fazura Anugerah EH

Fazura Anugerah EH

Fazura Anugerah EH

Fazura Anugerah EH

Fazura Anugerah EH

Fazura Anugerah EH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Konsert Solo Faizal Tahir di KL LIVE, Semua Peminat Terhibur!

Gambar Pelakon Fasha Sandha di Anugerah EH! 2012