in ,

Gambar Nora Danish Bertudung

Anda nak tengok gambar Nora Danish bertudung? Susah gak nak tengok Nora Danish bertudung. Mmm… kalau nak tengok, tontonlah drama terbaru slot Lagenda, Lagenda Sumpahan Puteri Bunian mulai 30 September 2009, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang.

Kalau dulu, kita pernah tengok ‘adik kembar’ Nora Danish, Sari Yanti memakai tudung dalam drama Kisah Kaisara. Budiey ingat dulu Sari Yanti ni dulu adik kepada Nora Danish sebab muka diorang hampir sama. Tapi yang kesiannya bila Sari Yanti dituduh hipokrit bila penampilannya kat luar sebenarnya bertudung. Dahla tak bertudung, seksi pulak tu. Alah, ini mesti satu kes dengan si Tizz Zaqyah, awek kepada Remy Ishak dalam drama Nur Kasih.

Budiey harap, lepas ramai yang tengok Nora Danish pakai tudung dalam drama Sumpah Bunian, jangan pula ingat Nora Danish dah berubah imej. Itu hanya sekadar menurut tuntutan watak dalam drama tu aje.

Isu artis pakai tudung dari dulu lagi boleh jadi isu sensitif. Ada artis pergi haji, janji nak pakai tudung litup, tapi sampai sekarang tak pakai-pakai pun. Tapi itu soal dia dengan Tuhanlah kan. Ada artis yang lepas bergelar hajjah, terus bertaubat dan pakai tudung, tapi hangat-hangat tahu ayam aje. Tak sampai setahun, terus buang. Tudung ntah ke mana, title hajjah ntah ke mana.

Sejuk mata memandang tengok ibu kepada Putra Raiqal yang comel ni bertudung.

nora danish

 Amacam, cantik tak Nora Danish bertudung?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Momok The Movie Kutip RM1 Juta Dalam 5 Hari

Lagu Tema Drama Nur Kasih