in ,

Gambar Ning Baizura di Album EASTtoWEST Media Launch

Petang semalam (18 Mac 2008), sejurus selepas Majlis Pelancaran Album Rabbani 1418-1428H di Restoran Seri Melayu, Budiey bergegas pula ke Listening Party for Ning’s International English Album. Terima kasih kepada Mark Peren dari EQ Music Malaysia Sdn Bhd yang menghantar email jemputan dan juga pengurus Ning yang begitu berdedikasi kerana sudi menjemput Budiey melalui SMS.

Berikut ini gambar Ning Baizura ketika ditemui di majlis pelancaran album terbarunya, EASTtoWEST di PULSE, Grand Millennium, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Berkonsepkan listening party, majlis ini dihadiri oleh teman media dan teman terdekat Ning seperti Fauziah, Maple dan Chef Wan. Ning nampak bertambah gebu selepas mendirikan rumahtangga? Tidak apalah, orang kata hati semakin senang kot kalau dah berdua. Walaupun Ning sentiasa menghadapi saat-saat berjauhan bersama suami tersayang… harapnya Ning bersabar dan sentiasa mengukir senyuman manis tanda hati bahagia.

Acara bermula jam 5 petang, dihoskan oleh Alan yang memberi penerangan sedikit tentang Ning Baizura album dan juga acara pada sore itu dengan gaya santai. Ning terus diberi ruang untuk mendendangkan lagu pertama iaitu Age of Polution.

Kemudian, Ning terus memberi ucapan pembukaan dengan harapan albumnya akan melatop di Malaysia dan seterusnya di peringkat antarabangsa pastinya. Kemudian, Luigi Bajona (Budiey pernah siarkan cerita pasal siapa Luigi, ingat lagi? Tak ingat, korang kena klik sini) kepada yang asing dengan nama Luigi, beliau adalah seorang pemain piano klasik, DJ Radio dan club) dan dalam pembikinan album Ning, Luigi menjadi tulang belakang utama di mana idea bikin projek album tercipta pada tahun 2004. Pada masa itu, Ning ada tour ke Italy dan Monte Carlo. Luigi dan rakan kongsinya DJ Morano mahu merakam album antarabangsa untuk Ning sebab showcase Ning di sana mendapat sambutan hangat.

Proses bikin album bermula November 2006 di mana unsur electronic dan unsur muzik klasik digabungkan mencipta satu genre baru yang dipanggil CLASS-TONIC. Bukan tonic yang korang minum untuk kasi sihat ya. Ini tonic lain.

Kesemua 12 lagu telah dirakam di Jamestown Studio di London selama 15 hari pada bulan Mei 2007. Membabaitkan 9 orang komposer dan penulis lirik telah menyumbangkan kepakaran mereka untuk album ini.

Ning cakap, kos buat album kat sana lebih murah berbanding daripada menghantar dan mengangkut kesemua mereka ke Malaysia. Lebih baik Ning dan gang terbang ke London. Tapi kat sana sejuklah sikit, terpaksa menyanyi dalam keadaan yang menggigil. Hehe. Harapan Ning sentiasa positif dan mengganggap album ini adalah baby terbaru Ning… walaupun baby betul belum ada tanda-tanda lagi nak keluar. Sekurang-kurangnya dah ada baby untuk peminat dengar. Ning yakin dan akan terus mempromosikan album ini di Malaysia terutamanya… barulah selepas ini ke peringkat antarabangsa.

Selepas ucapan Luigi, ada penyampaian plague dari EQ Music kepada Ning.

 Luigi juga turut menghadiahkan satu frame plague tahniah yang penuh dengan gambar kenangan ketika di London, Itali dan Monte Carlo. Juga Pulse Club selaku lokasi parti turut menerima plague terima kasih daripada Ning.

Ning seterusnya menyampaikan lagu Sharpening Your Blade. Huhu… memang ganas sikit nama tajuknya sebab kita kena asah pisau kita setajam mungkin untuk apa? Huhu… korang fikir sendiri la untuk apa kan.

Alan & Ning kemudiannya membuka dialog berkenaan dengan album EastToWest sebelum Ning mendendangkan lagu ketiga iaitu Tango in Paris. Dan untuk sesuaikan dengan tema Tango, Ning telah menarik tangan 2 orang selebriti dan 2 dari media. Yang kena tariknya Chef Wan berpasangan dengan Elly dari murai.com.my dan Rudy Imran dari Harian Metro yang berpasangan dengan Maple yang seksi sangatla dia pada petang itu. Huhu, memang gelak habis kitorang tengok diorang ni menari tanggo.

Budiey sudah pun mendengar beberapa lagu dalam album ini dan ternyata ianya sangat bersifat INTERNATIONAL dan sangat lain dari apa yang korang dengar sebelum ini. Syabas kepada Ning atas kelahiran album terbaru ini.

Kepada peminat setia dan penggemar muzik tanahair, sila dapatkan album terbaru Ning di pasaran sekarang! Beli yang ORIGINAL! Sokonglah artis tempatan untuk menaikkan industri muzik tanahair. Terima kasih semua!

Ning menyampaikan salam kepada semua pembaca. Dia cakap, dia selalu juga buka blog Budiey.com. Terima kasih Ning!

Layari laman web terbaru Ning sempena penghijrahannya ke Europe ini:

http://www.ning-europe.com

Nantikan peraduan untuk memenangi album EASTtoWEST Ning di Sensasi Selebriti yang akan bakal menghadiahkan 5 album kepada pembaca Sensasi Selebriti. Tunggu….


 
 
ning baizura
[tags]pulse, ning-europe.com, tema album, list songs, englis album ning, grand tanah, ning, baizura kahar, media launch, east to west review, senarai lagu baru ning, english songs ning[/tags]

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sekitar Parti PAJAMA Nuffnang di Borneo Barok Club

Terserempak Awal Ashaari Tengah Shopping di Pavillion