in , ,

Gambar Nad Zainal di Malam Gala Filem KAMI HISTERIA

Minggu lalu, Budiey ada menghadiri Malam Gala Filem KAMI HISTERIA. Seronok jugak dapat hadir sebab dah lama tak jumpa Nur Fazura dan Diana Danielle.  Cakap pasal filem KAMI HISTERIA, banyak skop yang boleh diperkatakan. Sebuah filem bergenre komedi seram. Bagi Budiey, selepas menonton, Budiey rasa filem ni tak seram sangat lah sebenarnya tapi komedi dia tak slapstik dan komedi lebih banyak dari seram. Ini lebih bagus pada pembaca semua yang gerun nak gi pawagam sebab takut sangat, kan? Filem ni tak bosan untuk ditonton. Dari awal sampai habis, filem ni banyak tarikannya. Elemen muzik, grafik dan karakter pelakon yang happening membuatkan kita nak tengok sampai habis.

By the way, semasa santai-santai dengan selebriti yang hadir di malam gala, Budiey sempat merakam gambar pelakon utama filem KAMI HISTERIA yang sekarang ni makin sibuk & happening dengan karier seni lakonannya. Siapa lagi kalau bukan Nad Zainal. Mengenakan dress sederhana dengan warna yang terang gaya pop membuatkan imej Nad Zainal yang ceria bertambah ceria.

Dalam filem KAMI HISTERIA, watak Nad Zainal sebenarnya kelakar gak la sebab karakter dia banyak menggunakan bahasa tubuh dan ekspresi wajah. Nak tengok macamana kelakarnya Nad Zainal dalam KAMI HISTERIA. Tunggu je lah 6 Februari nanti okay?

So tagline filem ni, MATI-MATI MESTI LETOP ni merujuk kepada watak Fazura sebagai Cik Lang yang cantik gojes tu kan?

Nad Zainal

Nad Zainal

Nad Zainal

Nad Zainal

Nad Zainal

Nad Zainal

Nad Zainal

Nad Zainal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Seals Multi-Year Agreement With Sony Pictures Television

ntv7 Siar Drama Bersiri The Neighbors