in

Gambar Mimi One Nation Emcees Makin Kurus

Shamimi Amalina Norhisham atau lebih dikenali dengan nama Mimi, vokalis utama kumpulan One Nation Emcees (ONE) dah semakin kurus. Beratnya semakin susut membuatkan badannya kelihatan makin langsing dan tinggi lampai. Pakai pulak kasut tinggi, lagilah Mimi nampak tinggi.

Inilah hasil usaha Mimi yang mahu nampak lebih lincah dan berstamina tinggi apabila menari dan perform di atas pentas. Mimi tak jemu-jemu berulang alik ke gimnasium untuk bersenam dan menghilangkan berat badannya.

Ini gambar terkini yang Budiey sempat rakam semasa menghadiri sidang media Konsert Kemuncak Suria FM yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya, Presint 3 pada 24 Julai ini. One Nation Emcees antara artis yang akan menghiburkan pengunjung. Jadi, jangan lupa datang beramai-ramai dan meriahkan konsert terbesar Suria FM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Quotes of The Day: Saya Belum Mahu Bercinta – Alyah

Gambar Fesyen Rambut Terkini Syamsul Yusof