in ,

Gambar Liza Hanim di Rakaman Melodi Raya 2013

Penyanyi Liza Hanim mengakui rindu untuk kembali beraksi di pentas nyanyian seperti pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 2000.

Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, 34, bagaimanapun berkata, dia tidak boleh kembali aktif dalam masa terdekat ini memandangkan masih lagi menjaga anak bongsunya Mohamed Salahuddin yang berusia setahun.

“Memang saya rindu sangat untuk rakam lagu dan kemudian bernyanyi di pentas seperti ketika di awal kemunculan saya dulu-dulu. tetapi bukan untuk masa terdekat ini kerana anak masih lagi kecil.

“Lebih-lebih lagi saya perlu menguruskan syarikat produksi saya, LH Media Sdn Bhd yang banyak terlibat dengan projek pengiklanan membuatkan masa saya sangat terhad.”

Bagaimanapun tambah Liza yang pernah popular dengan lagu Getaran Cinta Di Jiwa itu, dia tetap akan muncul sekurang-kurangnya sebuah single lagu terbaharu apabila anak bongsunya itu sudah besar.

Dalam pada itu, Liza juga risau untuk membuat kemunculan semula memandangkan dia terlalu lama menyepi selain cita rasa peredaran muzik juga berubah.

“Diakui, jika hendak buat kemunculan semula, ia memerlukan perancangan yang sangat rapi kerana bukan mudah untuk melakukan semua itu selepas lama menyepi.

“Apalagi cita rasa muzik berubah-ubah, jika mahu menyanyi semula, saya perlu mengikut ‘trend’ terkini, seiring dengan keinginan pendengar sekarang.”

Selain Mohamed, Liza yang merupakan isteri kepada bekas ahli kumpulan Indigo iaitu Mohd Shahrin Mohd Samsudin atau lebih dikenali sebagai Shah turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 10, and Marsya Qaireen, 4.

Liza Hanim

Liza Hanim

Liza Hanim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Jam Tangan Terbaru Sevenfriday P3

Sekitar 5 Malam 4 Hari Rambut Raya TV9