in

Gambar Kim Jin Sung di Pelancaran Drama Autumn Di Hatiku

[dropcap]K[/dropcap]elmarin, Budiey dapat jemputan untuk ke Majlis Pelancaran Drama Autumn Di Hatiku yang diadakan di Laundry, e@Curve pada jam 2 petang.

Semasa sidang media ini juga Kim Jin Sung telah nafi yang dia ada simpan rasa cinta kat Hanez Suraya seperti mana yang digossipkan di sosial media beberapa hari lalu.

Oh ya, dengar pada tajuknya membuatkan Budiey teringat kepada tajuk sebuah drama berjudul Autumn In My Heart.

Untuk info semua, drama yang mengetengahkan pelakon Korea Selatan iaitu Kim Jin Sun ini  bukannya mencedok atau menciplak  mana-mana drama dari negara Korea popular termasuk Autumn In My Heart.

Pengarahnya, MJ Woo berkata, drama komedi romantik ini mempunyai jalan cerita yang direka khas untuk masyarakat Malaysia yang meminati industri hiburan di negara Korea Selatan itu.

Autumn Di Hatiku tiada kena mengena atau diambil daripada mana-mana drama Korea popular. Walaupun tajuk sahaja sama tapi jalan cerita lain, ini drama komedi bukan sedih seperti drama Korea itu. Kita pilih nama Autumn kerana ia sinonim dengan Korea.”

Drama 28 episod ini akan disiarkan di portal Tonton bermula Rabu ini, pada pukul 12 tengah hari. Drama ini memperkenalkan pelakon Korea Selatan iaitu Kim Jin Sung sebagai pelakon utama di samping Hanez Suraya dan Aiman Hakim. Pemilihan Kim Jin Sung melalui uji bakat video yang kita lakukan di Korea dan keistimewaan Kim Jin Sung adalah kerana dia boleh berbahasa Malaysia dengan baik.

“Dia merupakan model dan pelakon di sana dan pernah mengambil kursus bahasa Malaysia di universiti tempat dia belajar.”

Ditanya tentang perbelanjaan drama web pertama ini, katanya ia melibatkan sejumlah kos yang berpatutan dan sesuai dengan kualiti video yang setanding dengan filem.

“Perbelanjaan pembikinan drama ini berpatutan dengan hasilnya yang setanding dengan kualiti sesebuah filem.”

Drama ini mengisahkan seorang wanita bernama Nina lakonan Hanez Suraya yang meminati dunia K-Pop sehingga bertemu dengan seorang lelaki Korea bernama Park Au Tum. Nina berusaha keras untuk mendapatkan cinta Au Tum dan terpaksa melalui pelbagai cabaran.

Autumn Di Hatiku akan bersiaran selama tiga hingga lima minit setiap hari, menerusi laman berkenaan.

Gambar Kim Jin Sung di Pelancaran Drama Autumn Di Hatiku

Drama Bersiri Autumn Di Hatiku Lakonan Kim Jin Sung

Drama Bersiri Autumn Di Hatiku Lakonan Kim Jin Sung

Drama Bersiri Autumn Di Hatiku Lakonan Kim Jin Sung

Drama Bersiri Autumn Di Hatiku Lakonan Kim Jin Sung

Drama Bersiri Autumn Di Hatiku Lakonan Kim Jin Sung

Drama Bersiri Autumn Di Hatiku Lakonan Kim Jin Sung

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Autumn Di Hatiku Lakonan Kim Jin Sung

Farid Kamil Sahkan Diana Danielle Bersalin Anak Lelaki