in ,

Gambar Jins Shamsuddin Sakit Tersebar di Laman Sosial

Terkejut melihat keadaan pelakon popular 60-an yang mana gambarnya telah tersebar di laman sosial sejak hari Ahad lalu. Kurus kering tubuhnya, seolah tak bermaya. Kesian betul. Berikutan dari penyebaran gambar itu, telah menimbulkan macam-macam persepsi dari orang ramai.

image1.JPG

Gambar terbaharu Jins yang tersebar di laman sosial.

Seperti yang dilaporkan oleh portal Mstar Online, pihak keluarga Tan Sri Jins Shamsuddin kesal dengan penyebaran beberapa keping foto bintang filem 60-an itu yang kelihatan kurus dan didakwa berada dalam keadaan uzur sehingga menjadi perbualan hangat di laman sosial sejak Ahad lalu.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang melawat bekas Senator itu di kediamannya pada pagi Isnin memberitahu, isteri Jins, Puan Sri Halijah Abdullah terkejut dengan dakwaan mengenai suaminya kerana lelaki itu berada dalam keadaan baik biarpun disahkan menghidap Alzheimer sejak 2011.

“Apa yang beliau beritahu saya dia kesal dengan penyebaran gambar oleh pihak tidak bertanggungjawab seolah-olah suaminya itu uzur dan tidak dijaga dengan baik. Lebih membimbangkannya adalah telahan yang tidak benar dibuat terhadap Jins tanpa bertanya sendiri kepadanya sebagai individu paling dekat dengannya,”

Zed memberitahu Jins berada dalam keadaan sihat ketika mengunjungi ke kediaman pelakon veteran itu.

Dalam pada itu, Zed memberitahu, pada kunjungan tersebut, Jins berada dalam keadaan baik selain ceria menerima kehadiran mereka ke rumahnya.

“Biasalah pada usianya sekarang selera makannya mungkin tidak seperti dahulu sehingga menyebabkan berat badannya menyusut tetapi apa yang kami lihat dia sihat dan ceria sepanjang kami berada di rumahnya.

Pada kunjungan tersebut pihak Seniman dan Koperasi Penggiat Seni Berhad (Koseni) turut memberi sumbangan kepada Jins pada lawatan tersebut selain membaca doa agar kesihatan pelakon dan pengarah terkenal itu dalam keadaan baik.

“Adalah menjadi tanggungjawab Seniman juga apabila tersebar cerita sebegini kami perlu melihat sendiri untuk memastikan sama ada cerita yang tersebar adalah benar atau pun tidak,” jelasnya.

Sementara itu, Zed berkata, penyebaran gambar tersebut jelas memperlihatkan kuasa dan bahaya media sosial sekiranya ia digunakan tanpa etika dan tanggunjawab sehingga mampu menimbulkan salah faham dan fitnah tanpa mendapatkan kesahihan terlebih dahulu.

“Inilah bahayanya media sosial kerana pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya menyebarkan sesuatu tanpa mengetahui kesahihan demi untuk menaikkan rating dan meraih perhatian pengguna lain.

“Tanpa mengambil kira impaknya kepada keluarga dan masyarakat disekeliling yang jelas mampu menimbulkan salah faham,” ujarnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

STREET VIBEZ.KL Lantik Budiey.com Sebagai Media Rasmi

Video Kejutan Siti Nurhaliza Untuk Rozisangdewi & Miela Fazie