Gambar Eksklusif Fasha Sandha di Lokasi Pengambaran Drama KEHANGATAN LANTANA

Eksklusif gambar terbaru Fasha Sandha yang baru sahaja Budiey ambil di lokasi pengambaran drama terbaru, Kehangatan Lantana. Budiey baru baru sahaja pulang dari lokasinya yang bertempat di Batu 16, Hulu Langat, Selangor. Drama lakonan Fasha Sandha & Ady Putra ini akan disiarkan pada 31 Mei 2008 dalam slot Cerekarama di TV3.

Dalam drama ini, Fasha memegang watak Juwita yang memerlukan Fasha disolek dan wajahnya ditransformasikan dalam bentuk yang mengerikan kerana telah dijangkiti oleh penyakit misteri. Kononnya, ini adalah balasan daripada perbuatan jahatnya bermain kayu tiga dan telah menjamu nasi kangkang kepada suaminya (lakonan Ady Putra)

Fasha Sandha di samping Ady Putra di lokasi pengambaran Kehangatan Lantana.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Missy Elliot, Filo & Peri, Marcus Schossow, Yoji @ XLive Festival

A DOSE OF BAROQUE MUSIC WITH THE MPO AT Dewan Filharmonik PETRONAS