in

Gambar Eizlan Yusof & Vie Shanti di Majlis Puteri Aurora Beradu

Di samping bahagia bersama isteri dan anak tercinta, pelakon Eizlan Yusof masih sibuk dan bekerja keras demi meneruskan kerjaya seninya. Perjuangan masih diteruskan walaupun dalam tempoh 15 tahun berlakon, Eizlan masih belum mencapai matlamatnya. Eizlan pernah kata, dia ada matlamat dan target dalam bidang lakonan dan mengimpikan anugerah utama seperti Pelakon Terbaik. Semua pelakon mau jadi pelakon terbaik. Setidak-tidaknya, pengiktirafan seperti itu menjadi pencapaian tertinggi buat golongan artis dan akan menjadi pembakar semangat. Semoga Eizlan terus sukses dan berjaya merangkul pelakon terbaik satu hari nanti.

Selesai pengambaran drama Puteri Aurora Beradu, nampaknya Eizlan terus mendapat kepercayaan penerbit dan pengarah. Dalam drama Puteri Aurora Beradu, Eizlan Yusof kerap dikelilingi oleh Enot, Aida Aris dan Rashidah Jaafar. Begitu teruja berlakon dengan artis wanita popular dan sangat lucu dengan gelagat masing-masing di lokasi. Masa break, Eizlan Yusof lebih suka melayari internet sehingga digelar Blogger Boy oleh mereka.

Ini dia gambar Eizlan Yusof yang hadir bersama isteri tercinta, Vie Shanty. Budiey ambil semasa mereka juga turut hadir di majlis ramah mesra bersama pelakon Puteri Aurora Beradu pada 21 Julai 2009 lalu.

Jangan lupa tonton drama ini dari Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang. Kalau nak tengok ulangan, bukak TV9, jam 8.30 malam. Layannn….

eizlan yusof vie shanty

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eira Syazira, Yatt Hamzah Dalam Drama Jejak di TV2

Ziana Zain Selamat Melahirkan Anak Kembar Lelaki dan Perempuan