in

Gambar Dayang Nurfaizah di A Cut Above Fashion Gala 2010

Masih tak terlewat untuk Budiey ucapkan tahniah buat Dayang Nurfaizah kerana telah memenangi Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-17, Namun, sayang sekali, penyanyi Dayang Sayang Kamu ini tak nampak batang hidung pada malam anugerah tersebut kerana ada urusan kerja yang tak dapat dielakkan.

Apa-apa pun dengan kemenangan di AIM17 dan penyertaannya dalam program TV Mentor dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan Dayang Nurfaizah. Budiey dengar, rezeki Dayang semakin mencurah-curah.

Pelantun suara untuk lagu “Seandainya Masih Ada Cinta” ini kini dengarnya terlalu sibuk dengan jadual rakaman album terbarunya yang akan berada di pasaran pada bulan Julai depan. Konsep album masih tak berubah, sama seperti album terdahulu.

“Kadang-kadang bila difikirkan memang seperti masa tidak cukup. Tetapi saya fokus dengan proses rakaman album di sebelah malam. Manakala siang pula saya berikan tumpuan pada Adi. Setakat ini sudah lima lagu yang direkodkan dan tiga lagu lagi akan dirakamkan dalam masa terdekat. Mungkin saya akan memuatkan lapan buah lagu sahaja dan tarikh cadangan untuk melancarkan album ini adalah pada 7 Julai.”

Antara lagu-lagu yang telah siap dirakamkan ialah “Sayang”, “Ku Temu Cahaya”, “Life With You”, “Hingga Ke Akhirnya” dan “Sempurna Selamanya”.

Manakala komposer yang menyumbangkan lagu di dalam album yang belum diberikan judul itu adalah Omar K, Yassin serta Afdlin Shauki. Tambah menarik apabila Dayang sendiri turut bekerjasama dengan Omar K untuk menghasilkan lagu “Sempurna Selamanya”.

Dayang Nurfaizah baru-baru ini telah mempersembahkan beberapa rangkaian lagu di A Cut Above Fashion Gala 2010.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rentak Juara Suku Akhir 2 Bertemakan Lagu Filem

Men In Black III in 3D Release May 25, 2012