in ,

Meriah! Ini Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Acara Perjumpaan Sitizone Gathering 2009

Setiap tahun pastinya akan ada perhimpunan dan perjumpaan para peminat penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza. Jom kita tengok gambar-gambar kenangan Sitizoner beramah mesra dengan penyanyi pujaan mereka.

Pada jam 12 tengahari hingga jam 3 petang, tanggal 10 Januari lalu seramai 50 orang ahli laman web rasmi Dato’ Siti Nurhaliza www.sitizone.com telah berkumpul di Restoran RSMY House Of Real Beriani, No. 11 & 13, Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur. Khabarnya, ramai juga peminat Siti Nurhaliza dan kelab pelayar Sitizone yang datang termasuklah peminat dari Indonesia, Singapura, Sabah Dan Terengganu.

Kehadiran Dato’ Siti Nurhaliza bersama suami serta Saida menambah seri majlis. Tujuan gathering julung-julung kali ini diadakan untuk berkenalan sesama ahli secara lebih dekat, di samping celebrate besday Dato’ Siti sehari awal. Pelbagai aktiviti diadakan bagi merapatkan lagi hubungan antara ahli Sitizone.

Budiey meminta maaf dari penganjur terutama tuan milik restoran, Ida sebab tak dapat hadir sebab pada hari yang sama Budiey mengadakan parti ulangtahun ke-2 Sensasi Selebriti. Terima kasih atas jemputan. Gambar dikreditkan kepada Facebook Ida. Tq Ida.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Parti Ulangtahun Ke-2 Budiey.com Part 1

Ucapan Pembaca & Budiey Sempena Ulangtahun Ke-2 Budiey.com