in

Gambar Cherry, Rosma, Haziq, Ahli Fiqir di Showcase Anugerah Era

Ada dua agenda utama Showcase Pra Anugerah Era diadakan. Pertama, ingin mengisi ruang masa menghangatkan anugerah sebelum acara red karpet bermula. Keduanya, selain berseronok dengan permainan interaksi bersama penonton, showcase menjadi platform terakhir untuk peminat mendapatkan pass masuk percuma & pelbagai goodie bag AE 07. Memang mewah sekali tiket dan pass diberikan. Ada sorang kakak bertudung tu, siap minta 10 tiket daripada Rezza, terus je dikasinya 10 tiket. Baik hati sungguh Reza nih. Seronok gak la tengok peminat yang gian sangat nak tiket sanggup buat apa sahaja termasuklah meniru gaya itik, meniru gaya model catwalk dan menyebut Hotlink paling lama dalam satu nafas.

Antara artis yang diberikan tugas untuk menghiburkan penonton ialah Cherry, gabungan duet duo suara emas Edlin dan Zarina. Selain Haziq AF4, Dafi AF5 dan Rosma AF1, showcase menampilkan Ahli Fiqir dan band pop rock, Sixth Sense.

Haziq dan Rosma berganding vokal dalam sebuah lagu duet irama Malaysia, Joget Cinta Sakti yang turut tercalon dalam Kategori Irama Global Pilihan. Haziq pula secara solo menyampaikan lagunya, Gurindam Anak Muda. Malang sekali, kedua-dua lagu mereka tidak berjaya untuk menggondol anugerah pada malam tadi. Tengoklah siapa lawan mereka… Misha Omar tu! Sah-sahlah Nafas Cahaya yang menang, kan?

Sixth Sense menutup pentas petang itu dengan dua buah lagu termasuk lagu berbisa mereka, Tak Bisa Memilihmu. Masih lagi saya rasakan vokal Adi masih tenggelam dalam alunan muzik yang lebih kuat dari vokalis.

Selesai showcase, saya terus menuju ke Arena of Stars untuk menjadi pemerhati di acara red karpet pula.

anugerah era

anugerah era

haziq rosma

rosma

haziq

sixth sense

sixth sense

[tags]gambar Cherry, gossip Edlin, Zarina, gambar Haziq AF4, Dafi AF5, Rosma AF1, Snarky Gossip, e gossip, 3gp video percuma, mobile phone n siries, konsert Ahli Fiqir, cherry product, strawberry, youtube zarina zainuddin, rubisa, ulasan mystarz lg akhir, konsert mystarz final, pemenang konsert mystarz lg, rubisa profile, tasha gambar tomboy, band pop rock, Sixth Sense, juara mystarz lg, pemenang anugerah era, keputusan anugerah era, gambar red karpet anugerah era, badri, tv3, astro ria, gambar Cherry, gossip Edlin, Zarina, gambar Haziq AF4, Dafi AF5, Rosma AF1, konsert Ahli Fiqir, rubisa[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Dafi AF5 di Anugerah Era 07

Gambar Selebriti di Karpet Merah Anugerah Era 07