in , ,

Gambar Betty Banafe Bertunang Dengan Bruce Dargus

Semalam, Budiey ada membaca artikel di Metro Ahad tentang Betty Banafe atau nama sebenarnya, Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe telah bertunang dengan jejaka berkacukan Lubnan-Inggeris bernama Bruce Dargus.

Budiey difahamkan akan nikah pada 8 Disember 2012 di rumah keluarganya di Johor dan akan diraikan di Majlis Resepsi di Danga Bay Convention Centre Johor Bahru pada 12 Disember 2012.

Betty Banafe Bertunang Dengan Bruce Dargus

Doa Betty Benafe untuk dapat jodoh akhirnya termakbul setelah bertemu dengan Bruce Dargus pada 5 November 2011 semasa keluar makan malam dengan kawan di KLCC. Dalam doa Betty, dia mahu lelaki yang jujur, bertanggungjawab dan berilmu. Dia tak nak yang kaya, cukuplah dengan ada peribadi mulia, baik hati dan suka memajukan diri.

Bruce Dargus adalah kawan kepada kenalannya yang baru berhijrah di Malaysia. Pertama kali berjumpa, Betty dah rasa serasi. Selepas beberapa lama berhubung melalui telefon dan keluar bersama, jejaka pilihan itu menyuarakan hasrat hati untuk menjadi teman wanita. Namun, Betty mengatakan yang dia tak nak teman lelaki tapi mahu mencari bakal suami sebab dah penat bercinta dan tak mahu buang masa lagi.

Bruce melamar Betty pada 28 Mei lalu tapi Betty mahu dia melamar depan keluarganya di Johor mengikut adat Melayu sekali lagi.

Betty telah bertunang sejak 14 Jun 2012 dan kerap dilihat bersama pada majlis-majlis rasmi dan perkahwinan artis. Apa-apa pun, Betty bahagia sebab hubungannya direstui keluarga kedua belah pihak. Keluarga Bruce baru menetap di sini dan Betty juga akui sangat rapat dengan ibunya.

Persiapan majlis nikah dah 50% siap. Betty akan memakai baju rekaan dari pereka fesyen terkenal Singapura, Lulu Hadad untuk majlis akad nikah dengan bertemakan budaya Arab.

Betty Banafe Bertunang Dengan Bruce Dargus

Betty Banafe Bertunang Dengan Bruce Dargus

Betty Banafe Bertunang Dengan Bruce Dargus

Betty Banafe Bertunang Dengan Bruce Dargus

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anne Ngasri SAH Putus Cinta Dengan Aliff Aziz

2012 Emmy Award Winners