in ,

Gambar Baby Diana Amir KHAULAH AL AZWAR Yang Comel

Pelakon Diana Amir dan suaminya telah menyambut kelahiran anak perempuan yang juga merupakan anak sulung mereka pada 8 Mac yang lalu. Melalui Instagramnya, dia telah mendedahkan nama dan wajah anaknya itu. Dia telah menamakan anaknya sebagai Khaulah Al Azwar yang membawa maksud Bidadari Besi. Di kesempatan ini kami juga ingin mengucapkan tahniah buat mereka berdua. Gambar penuh selepas ini.

Jurugambar terkenal Camora Arts diberi keizinan dari Diana Amir dan suami Diana, Mohd Habib untuk share kan gambar-gambar puteri pertama mereka. Team Camora Arts, sangat-sangat berbesar hati dapat kongsikan gambar-gambar terbaru anak Pelakon & selebriti terkenal Malaysia iaitu Diana Amir & suaminya Mohd Habib Bullah.

Gambar Baby Diana Amir Khaulah Al Azwar Yang Comel

Camora Arts merupakan salah satu company photographer Newborn, Kids & Family portraiture yang bertapak di Kuala Lumpur. Kumpulan ini terdiri daripada enam orang senior photographer berpengalaman hampir lima tahun dalam bidang “ Newborn Photographer” ini. Diketuai oleh Zara sendiri sebagai Owner & Principal Photographer Camora Arts.

Pada 13 March lalu, sekali lagi team Camora Arts diberi kepercayaan oleh pelakon kesayangan Malaysia, Diana Amir dan Suaminya Habib untuk merakam gambar bayi pertama mereka yang dilahirkan pada 8 march 2015 lalu. Khaulah Al Azwar, itulah nama pilihan yang diberikan oleh Diana Amir dan suaminya Habib. Baby Khaulah dilahirkan pada pukul 5.45am dengan berat 3.12kg.

Pengambaran ” Newborn Photography” untuk baby Khaulah telah kami jalankan dirumah Diana & Habib sendiri di Setia Perdana. Kedatangan kami disambut mesra oleh suami Diana iaitu Habib 🙂 Shoot yang dijalankan selama hampir 3 jam, Alhamdulilah berjalan dengan lancar walaupun pada 1 jam pertamanya Baby Khaulah mood tak berapa ok ( Mengikut kata nenek Khaulah, Maybe baby Khaulah hendak tidur ) Untuk shoot kami kali ini, kami cuba lari dari konsep yang biasa kami lakukan. Untuk Baby Khaulah Az Azwar ( Bidadari Besi ) , kami telah memilih untuk menggunakan warna fabric yang terang dan “fresh flower” sebagai tema utama kami:) Penggunakan props natural seperti Sarang burung yang dihias dengan bunga-bunga segar turut kami gunakan. Tidak ketinggalan jugak kami ingin memperkenalkan konsep terbaru kami iaitu ” baby announcement”. Melalui konsep ini, kita dapat mengetahui tarikh baby dilahirkan, time baby dilahirkan berat dan panjang baby 🙂

Terima Kasih yang tak terhingga kepada pihak Team Budiey yang tak pernah jemu menyokong kami dari pertama kali “story” tentang Newborn Photography Camora Arts di Blog dan page Budiey sampai lah ke hari ini. Tanpa sokongan anda, kami pasti tidak sampai ke tahap ini. Camora Arts sentiasa mendoakan semoga Team Budiey sentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya dimasa hadapan

Semoga baby Diana Amir membesar dengan sihat walafiat dan bertambah comel dan dikurniakan akal yang bijaksana serta menjadi orang yang berguna satu hari nanti. Amin.

Gambar Baby Diana Amir Khaulah Al Azwar Yang Comel

Gambar Baby Diana Amir Khaulah Al Azwar Yang Comel

Gambar Baby Diana Amir Khaulah Al Azwar Yang Comel

Gambar Baby Diana Amir Khaulah Al Azwar Yang Comel

Gambar Baby Diana Amir Khaulah Al Azwar Yang Comel

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Girls Generation & Shinee Perform di Konsert F1 Petronas Grand Prix Malaysia 2015

Official Trailer Filem PIXEL