in

Gambar Aziz M Osman Nikah Dengan Ustazah

Pada 16 Ogos lalu, pengarah tersohor, Aziz M. Osman telah pun bernikah sekali lagi (selepas perceraiannya dengan Noraliah Lee) dengan seorang ustazah manis dari Terengganu. Aziz katanya bertemu dengan gadis berusia lingkungan 20 an ini ketika mengerjakan umrah bulan April lalu telah membuka pintu hatinya untuk kembali ke alam berumah tangga.

Aziz juga akan berbulan madu ke Bali serentak dengan rombongan Aziz bersama dua lagi pengarah berbakat, Mamat Khalid dan Afdlin Shauki akan berlepas ke pulau peranginan itu untuk sesi lampias otak untuk filem kerjasama mereka, 3 Jalan.

Kepada Aziz M Osman, tahniah dan selamat pengantin baru. Semoga berbahagia!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRIVIA: KAD PENGENALAN SIAPA NI?

Gambar Kenangan Cinta Linda Onn & Fahrin Ahmad