in ,

Gambar Atilia & Monoloque di Pelancaran Drama 8 Bulan

Jam 10.30 pagi tadi, Budiey hadir di Pelancaran Drama 8 Bulan yang diadakan di Restoran Rebung, Lorong Maarof, Bangsar Park, Kuala Lumpur. Drama 8 Bulan adalah drama baru yang akan disiarkan di TV3, setiap hari Ahad jam 10.30 malam.

Drama 8 episod ini dilakonkan oleh pelakon handalan seperti Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Maizurah Hamsah, Norman Hakim, Yasmin Hani dan Nazril Idrus Ahmad.

Di pelancaran ini, Budiey sempat mengambil gambar potret penyanyi lagu tema untuk drama ini iaitu Atilia yang berduet bersama Monoloque iaitu Loq Butterfingers. Mengalunkan sebuah lagu yang dihasilkan oleh Monoloque sendiri. Iramanya sangat sempoi dengan bahasa yang sangat mudah.

Menurut Loq, lagu ini dihasilkan dalam masa yang sangat singkat dan tiada kesukaran untuk chemistry dengan Atilia. Lagu ini sekarang sudah pun menembusi corong-corong radio.

atilia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Media Gathering MASIF 2010

PFM Bantah Ahmad Idham & David Teo Ahli Lembaga Pengarah Finas