in ,

Gambar Anuar Zain di Pelancaran Muzik Video Ajari Aku

Penyanyi pujaan ramai, Anuar Zain telah hadir di White Box, Publica, Solaris Dutamas jam 3 petang tadi (19 November 2012). Budiey turut dijemput untuk menyaksikan buat pertama kalinya video klip terbaru single Anuar Zain berjudul Ajari Aku. Lagu kegemaran Budiey ni.

[dropcap]A[/dropcap]jari Aku adalah single yang Budiey sangat suka dengar. Pertama kali dengar, Budiey dah rasa aura lagi ini akan menusuk jiwa pendengar dan penggemar Anuar Zain. Pengambaran video klip lagu karya sepenuhnya dari Adrian Martadinata ini telah pun selesai menjalani pengambaran selama 4 hari. Ianya diarahkan oleh pengarah yang tak asing lagi iaitu Ghaz Abu Bakar yang bulan lepas filem Hantu Kapcai arahannya telah meletop di pawagam.

[pullquote align=”right”]Yang menarik, video muzik ini menampilkan dua ikon ternama dalam bidang lakonan iaitu Nora Danish & Datuk Rahim Razali.[/pullquote]

Selepas pelancaran, Anuar Zain telah mengumumkan sesuatu yang istimewa dan pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat iaitu Anuar Zain akan mengadakan persembahan di konsert solo terbesar selepas 3 dekad berada di industri hiburan. Budiey kira, ramai peminat yang lega dan tak sabar untuk beli tiket bagi menyaksikan konsert ini.

[dropcap]K[/dropcap]onsert berskala besar dan Budiey sifatkan sebagai mega ini diberi nama [highlight]KONSERT ANUAR ZAIN – TIGA DEKAD MUZIK, CINTA DAN SANUBARI[/highlight]. Punyalah panjang nama konsert ini, Budiey nak tulis dan mention di Twitter pun susah. Jadi, Budiey akan singkatkan hashtag konsert ini kepada [highlight]#KonsertAnuarZain3Dekad[/highlight], okay tak?

Konsert yang dianjurkan bersempena dengan 30 tahun usia Anuar Zain bergelar penyanyi akan diadakan pada 16 Februari 2013 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam.

Tiket boleh dibeli di www.ticketcharge.com.my mulai 12 Disember 2012.

Konsert dianjurkan dan dibawakan oleh Anuar Zain Network dan Universal Music Malaysia.

Okay, sebelum apa-apa Budiey letak dulu beberapa gambar yang sempat Budiey ambil di acara ini.

Anuar Zain kini kembali dengan imej berambut panjang. Pasti ada yang suka dengan gaya ini kan?

Anuar Zain Konsert Muzik Video Ajari Aku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Muzik-Muzik Separuh Akhir Kedua

Video Klip Terbaru Anuar Zain Ajari Aku Featuring Nora Danish