in

FOX International Channels Tayang Express From The US

FOX International Channels menayangkan siri televisyen dan drama yang diminati pada hari yang sama tayangan di Amerika Syarikat

FOX International Channels (FIC) mengumumkan baru-baru ini bahawa ia akan membawa lebih siaran ‘Express From The US’ untuk penonton Malaysia sebagai sebahagian daripada strategi siaran ‘Day-and-Date’. Musim baru untuk tayangan-tayangan yang pernah memenangi anugerah seperti ‘Scandal’ dan ‘The Walking Dead’ yang akan disiarkan pada bulan September dan Oktober, dan akan ditayangkan seawal 12 jam selepas tayangan perdananya di Amerika Syarikat.

Dengan usaha yang bersungguh-sungguh, FIC komited kepada penontonnya untuk sentiasa membawakan pengalaman tontonan yang terbaik sebagai suatu langkah terkini yang lebih bermakna untuk memberikan rakyat Malaysia program-program ‘Express From The US’ tanpa perlu menunggu tempoh yang lebih lama untuk menontonnya.

132836_GROUP_02

Menurut Keertan Adyanthaya, Pengurus Besar FIC, “Kami mengiktiraf bahawa rakyat Malaysia mahu setara dengan negara lain di dunia untuk menonton rancangan televisyen, dan kami komited dalam memberikan seumpamanya dengan serta-merta selepas ia disiarkan di Amerika Syarikat.”

‘Day-and-Day’ boleh didapati merentasi beberapa saluran pada platform FOX International Channels termasuk FOX, FOX Movies Premium, dan StarWorld.

FOX (Saluran Astro 710)
The Walking Dead (S5)
Musim 5 adalah sambungan dari cerita yang menyusuri motif sebenar rakyat Terminus dengan harapan untuk mendapatkan penawar dari Washington DC, nasib rakan-rakan kumpulan yang hilang, dan juga kawasan baru, konflik baru dan halangan baru dalam menyatukan ahli kumpulan untuk terus hidup. Tayangan Perdana: 13 Oktober 2014 (Dalam masa 12 jam)

Masa: 9: 00 p.m.
Marvel’s Agents of Shield (S2)
Selepas membantu menggagalkan Hydra, Coulson telah dilantik sebagai Pengarah dan ditugaskan untuk membina semula agensi. Ianya bukan kerja yang mudah untuk dilaksanakan kerana kebanyakan ejen-ejen S.H.I.E.L.D. telah mati dibunuh, ada yang secara rahsia bekerja untuk Hydra atau bekerja sebagai ejen sambilan.

Tayangan Perdana: September 24, 2014
Masa: 9:00 p.m.
Sleepy Hollow (S2)
Ichabod dengan cepat menyedari bahawa menghentikan ‘Headless Horseman’ hanyalah satu permulaan, sebagai penunggang yang boleh dihidupkan semula sebagai yang pertama dari ‘Four Horsemen of the Apocalypse’ dan hanyalah salah satu daripada banyak musuh yang menggerunkan, Icabod mesti mengharunginya untuk melindungi bukan sahaja Sleepy Hollow, tetapi dunia.

Tayangan Perdana: 23 September, 2014 (Dalam masa 12 jam)
Masa: 6:10 / 9:00 pm
The Bridge (S2)
Marco, masih terasa bahang dari kematian anak lelakinya, terus berurusan dengan polis rasuah dan tuntutan kartel. Tanpa menyangka Sonya bertemu seorang lelaki yang menghubungkannya ke masa lalu yang mengancam merosakkan hubungan antara dia dan bosnya, Leftenan Hank Wade (Levine). Kes itu dengan cepat menarik mereka semua ke dalam satu web pengubahan wang haram yang kompleks, rasuah polis, dan Peperangan Dadah Juarez yang menyusupi jalan-jalan di pinggiran bandar El Paso.

Tayangan Perdana: Setiap Khamis (Dalam masa 24 jam)
Masa: 5.15 p.m. / 9.50 p.m.
FOX Movies Premium (Saluran Astro 413)
Homeland (S4)
Musim 4 bermula dengan pelaksanaan hukuman mati yang mengejutkan ke atas Sjn. Nicholas Brody di tengah-tengah dataran di Tehran. Adakah Carrie, yang mengandungkan anak mendiang Sjn. Brody, dapat mengatasi kesan emosi ini dan meneruskan kehidupan dengan bertugas sebagai Ketua Stesen baru di Turki?

Tayangan: 7 Oktober 2014 (Dalam masa 48 jam)
Masa: 11:00 pm
Ray Donovan (S2)
Sama ada ia melindungi maklumat rahsia kotor elit LA, atau menyimpan FBI di teluk, Ray Donovan masih tenang, tetapi adakah bapanya Mickey, seorang yang melulu dan kejam akan menjadi punca kejatuhan Ray?

Tayangan Perdana: Setiap Selasa (2 hari selepas Amerika Syarikat)
Masa: 11:00 p.m.
StarWorld & StarWorld HD (Saluran Astro 711 & 722)
Scandal (S4)
Olivia Pope dan gladiators kembali untuk melindungi dan mempertahankan imej awam elit negara. Anda tidak perlu menunggu apa-apa lagi untuk rahsia Musim 4 yang paling skandal untuk didedahkan.

Tayangan Perdana: 26 September, 2014 (hari Sama seperti Amerika Syarikat)
Masa: 10:35 p.m.
Revenge (S4)
Musim ini akan bermula dengan tembakan yang penuh dengan kejutan dan kelainan yang tidak dijangka yang akan menyebabkan anda mahukannya lebih lagi. Selepas membalas dendam kesumat terakhirnya ke atas Grayson di kemuncak musim 3, adakah Emily Thorne akan menjadi sama seperti seorang wanita yang bebas?
Tayangan Perdana: 29 September 2014 (hari sama seperti Amerika Syarikat)
Masa: 10:35 p.m.

The Walking Dead

Mengenai FOX International Channels
FOX International Channels (FIC) adalah perniagaan antarabangsa multi-media FOX di abad ke-21 ini. FIC membangunkan, mengeluarkan dan mengedarkan 300+ milik sepenuhnya dan milik majoriti saluran-saluran hiburan, sukan, berfakta dan filem-filem saluran dalam 45 bahasa di seluruh Amerika Latin, Eropah, Asia dan Afrika. Rangkaian-rangkaian ini semua beserta pembangunan mudah alih, tidak linear dan definisi tingginya telah mencapai lebih daripada 1.725 bilion isi rumah di seluruh dunia. Di samping itu, FIC memperoleh, membangun, menghasilkan dan bersama menghasilkan pengaturcaraan skrip dan bukan skrip untuk platform linear dan digital termasuk siri yang mendapat pencalonan Golden Globes, The Walking Dead, The Bridge and Da Vinci’s Demons.
Di Asia Pasifik dan Timur Tengah, portfolio FIC termasuk 30+ jenama saluran melewati semua genre di kedua-dua platform linear dan bukan linear, termasuk FOX Sports, FOX, National Geographic Channel, dan SCM (dahulunya STAR Chinese Movies). Sebagai penyiar terkemuka di rantau ini, FIC mencapai lebih daripada 580 juta rumah dengan pejabat-pejabat di Hong Kong, China, Taiwan, Jepun, Korea, Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, India, Australia dan UAE.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.foxinternationalchannels.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Project Aloft Star Amplified by MTV

Senarai Penuh Pemenang Golden Awards Edisi Ke-3