in

Finalis Vokal Bukan Sekadar Rupa Minggu Kedua

Masa yang dinantikan sudah tiba! Program realiti nyanyian terbaru, VOKAL… BUKAN SEKADAR RUPA yang mempertaruhkan bakat seni nyanyian bagi mereka yang tidak mempunyai pakej artis komersil kini bersedia untuk memulakan langkah sulungnya. Selepas penampilan Asmidar, Mafa, Boby, Azmarul yang berjaya melepasi saringan pertama, konsert mingguan kali ini bakal memperkenalkan 5 orang finalis seterusnya iaitu Fakhrul, Aswad, Boy, Irsa, Boby dan Adeq kepada semua penonton dan peminat muzik tanahair! Giliran siapa pula yang bakal tersingkir mengikut jejak Epit minggu lalu?

Diadili oleh dua orang juri profesional tetap, Azmeer dan Erra Fazira, para finalis akan berentap di 9 konsert mingguan dan seorang peserta yang mempunyai markah terendah akan disingkirkan pada setiap minggu. Hanya peserta yang layak akan mara ke peringkat akhir untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000!

Jangan lupa untuk bersama-sama kami pada malam hujung minggu ini untuk menyaksikan persembahan pertama 5 finalis seterusnya yang akan bersiaran secara langsung.

Hari/Tarikh : Ahad, 23 Oktober 2011

Waktu : 8.00malam (Konsert LIVE bermula 9.00malam)

Tempat : Studio Sri Pentas 2, Tingkat 5,
Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Hebat Lakonan Jamal Abdillah Di RTM

Sekitar Ekspresi Remaja TV9 di UKM Bangi