in , , ,

Senarai 12 Lagu Finalis Yang Berjaya Ke Anugerah Juara Lagu Ke-34 AJL34

Menepati ramalan, lagu Ragaman nyanyian asal Faizal Tahir dan Anta Permana nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza menepati ramalan dan menjadi antara 12 lagu yang berjaya melangkah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34). Pengumuman itu dibuat di penghujung program Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam Selangor sebentar tadi.

Paling kesian dan sedih apabila kesemua empat buah lagu karya Amylea Azizan tidak ada satu lagu pun yang melekat untuk diusung ke pentas AJL. Mungkin dah tiada rezeki Amylea. Tapi pelik gak sebab empat buah lagu tu bukan sikit tau. Banyak tu. Takkan takde satu pun lagu yang sangkut. Kemon lah!

Nampaknya ada dua lagu judul sama iaitu Sumpah nyanyian Naim Daniel dan Aina Abdul antara 12 lagu yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) yang bakal berlangsung pada Februari tahun depan.

Lagu dan lirik ciptaan Naim Daniel dan Omar K serta Aina Abdul itu layak bersama 10 lagi lagu iaitu Drama (Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib / Drama Band); Kisah Cinta Kita (Ikhwan Fatanna, Ayden Ali / Datuk A Aida / Hafiz Suip); Ku Bersuara (Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham / Ernie Zakri), Anta Permana (Hael Husaini, Ezra Kong / Datuk Seri Siti Nurhaliza) dan Bangun (Navigator / Aman RA).

Lima lagi lagu ialah Ragaman (Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo / Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan / Faizal Tahir); Rampas (Hang Nadim, Laq / Bunga Cantik / Akim & The Majistret); Dinda (Ali Sariah / Kugiran Masdo); Peneman (Tam / Hazama) dan Lembah Kesepian (Haqiem Rusli / Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran / Haqiem Rusli).

Terdahulu, lagu Drama nyanyian Drama Band dan Sumpah (Naim Daniel) diumumkan sebagai Lagu Terbaik pada minggu pertama dan kedua Separuh Akhir Muzik Muzik 34 (SFMM34) lalu.

Pada minggu ketiga SFMM34 yang berlangsung di sini malam tadi, lapan lagu dipertandingkan.

Lagu itu terdiri daripada Bimbang nyanyian Marsha, Pudar (Indah Ruhaila), Bangun (Aman Ra), Jutaan Purnama (Datin Alyah), Tetap Kamu (Amylea x Megat), Sumpah (Aina Abdul), Peneman (Hazama The Penglipurlara) dan Bunga (Kugiran Masdo).

30 buah lagu yang layak ke SFMM 34 adalah hasil undian peminat sebanyak 40 peratus dan penilaian juri profesional sebanyak 60 peratus di carta Muzik Muzik 34.

SFMM34 diadili juri profesional yang terdiri daripada Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer selaku ketua juri.

SFMM34 dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussn dan bersiaran secara langsung setiap Jumaat, jam 9 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Pada penganjuran kali ini, antara muka baru yang bakal berentap buat pertama kali di pentas AJL nanti ialah Aina Abdul, Naim Daniel dan Kugiran Masdo.

Kesemua lagu yang layak diadili barisan juri profesional yang dibarisi Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer selaku ketua juri.

Berikut senarai lagu yang berjaya melayakkan diri ke AJL34:

1. Drama
Penyanyi: Drama Band
Komposer: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib
Penulis lirik: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib

2. Ku Bersuara
Penyanyi: Ernie Zakri
Komposer: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham
Penulis lirik: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham

3. Anta Permana
Penyanyi: Bob Yusof
Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong
Penulis lirik: Hael Husaini, Ezra Kong

4. Sumpah
Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis lirik: Aina Abdul

5. Lembah Kesepian
Penyanyi: Haqiem Rusli
Komposer: Haqiem Rusli
Penulis lirik: Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran

6. Sumpah
Penyanyi: Naim Daniel
Komposer: Naim Daniel, Omar K
Penulis lirik: Naim Daniel

7. Peneman
Penyanyi: Hazama The Penglipurlara
Komposer: Tam
Penulis lirik: Tam

8. Dinda
Penyanyi: Kugiran Masdor
Komposer: Ali Sariah
Penulis lirik: Ali Sariah

9. Bangun
Penyanyi: Aman RA
Komposer: Navigator
Penulis lirik: Aman RA

10. Kisah Cinta Kita
Penyanyi: Hafiz Suip
Komposer: Ikhwan Fatanna, Ayden Ali
Penulis lirik: Datuk A. Aida

11. Ragaman
Penyanyi: Fairuz Misran
Komposer: Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo
Penulis lirik: Faizal Tahir, Jaare Karim Karam, Mike Chan

12. Rampas
Penyanyi: Akiem & The Majistret
Komposer: Hang Nadim, Laq
Penulis lirik: Bunga Canik

Terdahulu, sebanyak 30 lagu dipertandingkan di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 34.

Kesemua 30 lagu yang layak dinilai berdasarkan 60% penilaian juri profesional dan 40% lagi menerusi undian peminat.

Selamat maju jaya buat semua finalis. Semoga sukses itu milik anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahun Baharu 2020 Lebih Positif Dengan #CNYKEEPSMILING

Lagu DINDA Tak Layak Ke AJL? Ulasan Ringkas 12 Finalis Anugerah Juara Lagu 34