in , ,

Yang Anda Patut Tahu Tentang Filem WIRA

Filem ini telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.2 juta dalam masa empat hari tayangan! Berita terbabit disampaikan menerusi Instagram rasmi Astro Shaw. Tahniah Budiey ucapkan!

Filem Wira sudah mula ditayangkan di pawagam bermula 21 November 2019 yang lalu. Antara pelakon filem Wira ini adalah Hairul Azreen, Fify Azmi, Ismi Melinda, Hilal Azman, Josiah Hogan, Dain Said, Yayan Ruhian, Henley Hii dan ramai lagi. Filem Wira ini diarahkan oleh Adrian Teh yang sebelum ini sukses dengan filem Paskal The Movie yang juga merupakan arahannya. 

Budiey nak ucapkan terima kasih kepada Sun Life Malaysia kerana sudi menjemput Budiey untuk hadir menonton di Malam Gala Filem WIRA.

Untuk pengetahuan pembaca, Sun Life Malaysia merupakan salah satu penaja yang menyumbangkan kejayaan untuk menyempurnakan filem ini.

Filem ini mendapat respon dan reaksi positif baik daripada peminat mahupun pengkritik filem tempatan. Malah, ramai berpendapat Wira setandingan dengan filem aksi terbitan Hollywood.

Selain itu filem ini diterbitkan oleh Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw. Lebih menarik bila filem Wira ini turut menampilkan pelakon aksi terkenal dari Indonesia, Yayan Ruhian yang pernah muncul dalam filem ‘The Raid’ dan ‘John Wick 3’. 

Lagu tema / OST Filem Wira ini dinyanyikan oleh Ara Johari featuring Waris bertajuk Penindas. 

Filem ni menyaksikan lakonan hebat daripada pelakon yang berpengalaman dalam bidang seni mempertahankan diri. Menerusi video promo dikeluarkan oleh Instagram rasmi Wira, ternyata masing-masing mempunyai latar belakang seni bela diri.

Difahamkan pelakon utamanya, Hairul Azreen mempunyai latar belakang dalam taekwondo dan Fify Azmi pula dalam bidang sukan tempur kickboxing.

Josiah Hogan pula telah mempelajari seni bela Muay Thai sejak empat tahun lalu manakala Ismi Melinda yang mempunyai asas ilmu dalam silat, seni mempertahankan diri campuran (MMA) dan kickboxing.

Filem Wira diakui mempunyai daya tarikan yang sangat kuat melalui elemen aksinya. Bukan sekadar dapat menonton persembahan aksi perlawanan serta pergaduhan yang sangat mantap daripada para pelakonnya seperti Hairul Azreen, Fify Azmi, Ismi Melinda dan Yayan Ruhian tetapi ia dipercantikkan lagi dengan koreografer aksi yang memukau sehingga membuatkan para pelakon pembantu juga dilihat menampilkan aksi pelbagai yang sedap dan menarik untuk dipandang. 

Banyak adegan aksi yang boleh diingati terutamanya adegan pada bahagian klimaks yang bukan sahaja mendebarkan tetapi lari daripada kebanyakan konsep filem-filem aksi lain yang terlalu cepat menamatkan adegan sebegini dengan memberi kemenangan mudah kepada watak protagonis. 

Filem Wira juga dilihat kuat dari sudut elemen kekeluargaannya serta berjaya menyampaikan beberapa mesej menarik tentang kehidupan. Soal kehormatan diri, penindasan dan juga strata sosial masyarakat Melayu merupakan antara beberapa perkara yang telah disentuh di dalam filem ini. 

Walaupun sebahagian cara penyampaiannya di dalam filem kelihatan sedikit janggal dan tergesa-gesa namun ia masih boleh difahami dengan baik. 

Namun, kami boleh nyatakan bahawa olahan penceritaan untuk filem Wira ini dilihat lemah dan kurang meyakinkan pada beberapa bahagian manakala selebihnya dilihat berjaya menyinar dengan baik. 

Sinematografi filem ini juga dilihat bagus dan menyokong hasil kerja kamera yang serta teknik solekan ngeri pada beberapa adegan yang menakjubkan.

Hal ini berlainan di dalam filem Wira dimana ianya lebih bersifat dramatik dan menjadikan ia antara filem aksi terbaik di Malaysia pada tahun 2019 ini selain filem Geran.

Selepas mencipta kejayaan besar dan fenomena dalam dunia perfileman menerusi filem aksi “Paskal The Movie”, Adrian Teh bakal kembali dengan filem aksi terbarunya yang diberi judul “Wira” yang akan menemui penonton tidak lama lagi. 

Menurut Adrian yang juga pengarah dan juga penerbit eksekutif filem itu, dia mahu memastikan ia sebuah naskhah aksi yang belum pernah dihasilkan dalam negara dan bertaraf antarabangsa, sekaligus menjadi penanda aras baru buat filem aksi di Malaysia. 

“Selepas “Paskal The Movie” saya mahu buat filem aksi juga, tetapi lebih kepada filem aksi yang lebih santai, Sebaliknya berlaku apabila proses pembikin filem ini sangat mencabar sama seperti penggambaran filem sebelum ini. 

Menerusi “Wira”, Adrian sekali lagi mempertaruhkan bintang utama “Paskal The Movie” iaitu Hairul Azreen sebagai peneraju selain menampilkan beberapa pelakon hebat lain termasuk pelakon Indonesia. 

Dalam pada itu, Adrian berkata sebelum penggambaran bermula, pihaknya memberikan latihan kepada setiap pelakon selama tiga bulan untuk berlatih babak aksi selain meningkatkan stamina kesemua pelakon-pelakonnya. 

Mereka dilatih oleh juru koreografi aksi terkenal iaitu Yayan Ruhian yang turut berlakon dalam filem ini. 

Selain latihan intensif, pihak produksi turut memantau ketat diet setiap pelakon dengan menyediakan makanan sihat sepanjang latihan dan penggambaran berlangsung supaya tidak menjejaskan fokus mereka. 

Secara keseluruhannya, filem ini bersifat terus-terang. Tiada konsep mendalam yang perlu kamu gali untuk memahami filem ini. Ia filem aksi yang sedap dilayan jika kamu memasang niat mahu menonton filem aksi, namun tidak untuk mereka yang dambakan jalan cerita yang lebih relevan.

Sinopsis Filem Wira

Mengisahkan Hassan (Hairul Azreen) yang telah membawa diri meninggalkan keluarganya sejak kecil dan kemudian menyertai tentera kerana tidak sanggup melihat keluarga serta orang sekelilingnya dikawal oleh Raja (Dain Said). Setelah menyempurnakan khidmat untuk negara, Hassan kembali ke pangkuan keluarga demi menyelesaikan hutang adiknya Zain (Fify Azmi) atas kekalahan pertandingan MMA yang dianjurkan oleh Raja. Hassan dan Zain perlu bertanding sekali lagi dengan anak-anak Raja, iaitu Vee (Ismi Melinda) dan Rayyan (Josiah Hogan). Apa yang berlaku seterusnya?..

Terima Kasih Buat Sun Life Malaysia di atas kesudian menjemput Budiey Channel.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Caliph Buskers Lancar Single Terbaharu Berjudul MANUSIA

Datuk Hans Isaac Tak Kisah Dikritik