in ,

Filem TOTAL RECALL

Peminat filem bergenre sains fiksyen usah ketinggalan menyaksikan filem bertajuk “Total Recall” arahan Len Wiseman yang bakal menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 4 Disember ini, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2.

Menampilkan lakonan mantap Colin Farrell, Kate Beckinsale, Jessica Biel, Bryan Cranston, John Cho, dan Bill Nighy, filem dihasilkan semula dengan tajuk sama tahun 1990 ini pastinya mengembalikan momen terhadap karya yang diinspirasikan daripada cerita pendek, “We Can Remember It for You Wholesale”oleh Philip K. Dick.

Filem TOTAL RECALL

Aksi Colin Farrell Dalam Filem TOTAL RECALL di TV2 

Filem ini bercerita tentang dunia yang telah terbahagi menjadi dua bahagian, United Federation of Britain (UFB), dan Colony (yang sebelumnya adalah Australia), setelah terjadinya perang kimia di dunia. 

UFB adalah bahagian yang lebih maju dan makmur dibandingkan Colony, sehingga sebahagian besar penduduk colony bekerja di UFB. Mereka berpindah dan memulakan perjalanan menggunakan The Fall, sebuah kapsul gravitasi yang melewati bahagian dalam bumi untuk sampai ke UFB. 

Di antara mereka termasuklah Douglas Quaid seorang pekerja kilang di UFB. Quaid tinggal bersama dengan isterinya yang dikenali sebagai Lori. Kehidupan mereka mula berubah bila satu hari Quaid melawat Rekall sebuah syarikat yang menanam ingatan tiruan (artificial memories). 

Filem TOTAL RECALL

Pekerja Rekall meyakinkan Quaid supaya menanam ingatan agen perisikan. Ketika melakukan ujian, McClane iaitu pekerja Rekall yang melakukan ujian mendapati Quaid mempunyai ingatan sebenar sebagai seorang perisik. 

Ketika pasukan SWAT menyerang dan membunuh McClane, Quaid mengambil tindak balas membunuh ramai pegawai dan anggota pasukan SWAT. Quaid kembali ke rumah, bagaimanapun isterinya Lori yang merupakan agen menyamar (undercover) UFB cuba membunuhnya. 

Quaid berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh Melina seorang anggota pemberontak. Melina sebenarnya adalah isteri kepada Quaid sebelum identiti dirinya bertukar. Ketika bermain piano Quaid menerima perutusan kedua yang dia sebenarnya ialah Carl Hauser, seorang agen yang bertugas untuk UFB. 

Selepas menyertai kumpulan pemberontak, Hauser ditangkap oleh UFB dan ditanam dengan ingatan palsu (false memories). Lalu apakah kesudahannya? Bagaimana nasib Lori? Adakah Quaid dan Melina dapat menyelamatkan diri dan kembali ke Colony?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Menarik Tentang Drama Bersiri CERDIK OTAK CERGAS

SEA LIFE Malaysia Fills Its Ocean Tanks in Preparation