in ,

Filem TOMBIRUO Lakonan Farid Kamil, Zul Ariffin & Nabila Huda

Kebelakangan ini banyak filem tempatan berjaya membuka mata penonton sekaligus mengembalikan kepercayaan khalayak ramai terhadap industri perfileman tempatan.

Malah, kejayaan itu turut menyuntik semangat kepada penggiat seni untuk berani menghasilkan pelbagai genre filem agar penonton tidak dimomokkan dengan hanya satu konsep cerita yang mendatar.

Mengorak selangkah lagi dalam cabang industri, sebuah filem bertajuk Tombiruo yang merupakan adaptasi karya novelis thriller terkenal dan prolifik tanah air, Ramlee Awang Murshid, ‘Tombiruo : Penunggu Rimba’, bakal diangkat ke layar perak dengan terbitan yang menggabungkan empat syarikat iaitu Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan. Projek ini merupakan kali pertama keempat-empat syarikat ini menjalinkan kerjasama untuk sebuah filem.

Barisan Pelakon Tombiruo (1)

[dropcap]F[/dropcap]ilem yang berlatar belakangkan negeri Di Bawah Bayu ini yang telah memulakan pengambaran pada 31 Julai 2016 di sekitar Lembah Klang dan Sabah.

Bagi menghidupkan lagi suasana dan menjadikan filem ini lebih simbolik, Tombiruo telah melalui persediaan yang menakjubkan, antaranya set lokasi yang mengetengahkan keindahan alam semula jadi di Malaysia dan prop seperti topeng dan kostum yang telah direka khas.

Astro Shaw bersama Ideate Media dan Grup Buku Karangkraf telah melancarkan sebuah filem terbaru berjudul TOMBIRUO di bawah produksi Layar Sunan pada hari ini. Filem ini yang masih lagi dalam minggu penggambaran, menampilkan barisan pelakon seperti Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Dato’ M. Nasir, Datin Marlia Muda, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Faye Kusairi, Artu, Micheal Chen, Farah Ahmad, R Azmi Ismail dan  Adik Muhammad Rayyan.

[pullquote align=”left”]Tombiruo yang merupakan adaptasi dari novel Tombiruo: Penunggu Rimba, hasil nukilan novelis Ramlee Awang Murshid ini d jangka akan berada di layar perak pada tahun 2017.[/pullquote]

Filem ini mengisahkan tentang Tombiruo iaitu mahkluk yang dikatakan memiliki kesaktian untuk menguasai hutan. Dia ditakuti, dicaci. Sebenarnya Tombiruo adalah pemuda yang jiwanya memberontak, lelaki yang tidak berwajah manusia namun sekaligus seorang yang bertanggungjawab dan dibebani kesaktian yang tidak dapat dikawalnya sentiasa memakai topeng untuk menyembunyikan kemelut dan kesepian di kalbunya.

Menurut Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, yang juga merangkap selaku agensi pengedar dan pemasaran bagi filem ini,

“Tombiruo menyaksikan sebuah filem yang sarat dengan aksi, elemen kekeluargaan serta memaparkan flora dan fauna yang terdapat di Malaysia yang jarang dipaparkan di dalam filem tempatan. Selain itu, filem ini disokong oleh tenaga produksi yang berpengalaman luas dalam pembikinan filem dari dalam dan luar negara serta barisan pelakon handalan tanah air yang diakui mampu menjiwai pelbagai watak.

Kami percaya kombinasi ini mampu menjanjikan filem ini akan mempunyai identiti uniknya tersendiri. Kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan produksi Layar Sunan untuk menjayakan filem Tombiruo ini.

Kami sudah bersedia membuat percaturan dalam merangka promosi bagi filem ini agar ia mampu membuat peminat dan penonton teruja. Astro Shaw berharap kerjasama seumpama ini dapat diteruskan menerusi projek-projek lain di masa akan datang.”

Sesuatu yang amat menarik tentang filem ini, ia menampilkan dua orang pengarah iaitu Nasir Jani yang cukup terkenal sebelum ini menerusi filem Kembara Seniman Jalanan dan Rozana Cinta 87, serta pengarah Seth Larney yang pernah terlibat dalam filem Hollywood seperti The Matrix Reloaded, The Matrix Revolutions, Star Wars: Revenge of the Sith, X-Men Origins: Wolverine, Superman Returns dan The Chronicles of Narnia: Voyage of the Dawn Treader.

[pullquote align=”right”]Pengarah Nasir Jani akan memberi sentuhan teliti pada elemen drama dan penataan seni. Sementara itu pengarah Seth Larney akan memberi tumpuan pada babak aksi dan kesan khas.[/pullquote]

Manakala pelakon terkenal dan berbakat besar iaitu Zul Ariffin Farid Kamil, dan Nabila Huda pula telah dipilih untuk menggerakkan watak utama dalam Tombiruo hasil perbincangan keempat-empat syarikat.

Pembikinan filem ini merupakan projek pertama Ideate Media sepanjang penubuhannya yang melibatkan penerbitan filem tempatan.

Sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kualiti dan mempunyai latar belakang pengalaman bekerjasama dengan produksi antarabangsa dari Amerika, Australia dan seluruh rangkaian Asia Tenggara, Ideate Media berharap dapat menghasilkan sebuah filem tempatan yang unggul dengan gabungan jalan cerita dan kualiti produksi yang tinggi bagi memberi kepuasaan kepada penonton.

Barisan Pelakon Tombiruo (2)

Ketua Pegawai Eksekutif Ideate Media, Zainir Aminullah menyatakan bahawa,

“Sebagai sebuah syarikat yang bermatlamat untuk menembusi pasaran antarabangsa, kami sentiasa komited dalam mencari karya-karya yang mempunyai potensi untuk dikembangkan ke pelbagai medium komersial termasuklah di peringkat antarabangsa dan sebagai contoh projek yang telah kami jalankan seperti Sydney Sailboat and Dirk Gently.

Bercakap tentang karya Tombiruo, kami merasakan karya ini mempunyai kekuatan dari sudut jalan cerita dan keunikan dari sudut kombinasi aksi, watak yang dramatik dan kualiti produksi. Sementara itu, kerjasama bersama Astro Shaw dan Grup Buku Karangkraf juga membenarkan kami untuk tampil dengan rangka pemasaran yang strategik bagi memperkenalkan Tombiruo lagi-lagi buat kelompok peminat generasi baru. Kami berharap dapat terlibat dalam menjayakan banyak lagi projek adaptasi sebegini di masa akan datang untuk dihidangkan kepada penonton di Malaysia dan luar negara.”

Jika sebelum ini penonton sering dihidangkan dengan filem adaptasi dari novel yang bergenre cinta sahaja, istimewanya filem Tombiruo ini kerana ia merupakan karya genre thriller pertama terbitan Grup Buku Karangkraf yang diadaptasi ke layar perak. Novel-novel hasil nukilan Ramlee Awang Murshid yang telah diterbitkan semenjak tahun 1998 sehingga kini telah terjual melebihi 1.2 juta naskah dan masih dicetak sehingga kini. Penerbit Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Puan Firdaus Hussamuddin menjelaskan bahawa, “Ramlee Awang Murshid merupakan novelis thriller nombor satu di Malaysia dan novel Tombiruo adalah salah satu hasil penulisan beiau.

Novel Tombiruo juga adalah novel best seller dan novel tersebut menampilkan banyak elemen-elemen unik serta aksi yang jarang dipaparkan di dalam novel thriller yang lain. Jadi filem ini wajib ditonton oleh rakyat Malaysia”.

Menurut novelis Tombiruo: Penunggu Rimba dan selaku wakil produksi Layar Sunan, Ramlee Awang Murshid berkata,

“Saya berasa teruja kerana akhirnya karya saya, Tombiruo: Penunggu Rimba akhirnya diangkat ke layar perak. Sebelum ini memang ada lamaran mahu novel saya difilemkan, tetapi saya tolak kerana saya cerewet dalam membenarkan karya saya diolah.

Tetapi apabila pihak penerbit filem, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf mengusulkan projek ini, saya bersetuju untuk bekerjasama bersama mereka dalam menjayakan filem ini kerana setiap penerbit mempunyai profil latar belakang yang utuh dan mereka komited dalam memastikan karya ini diolah dengan baik dan mendapat persetujuan bersama untuk membina jalan cerita yang berkesan.”

Filem Tombiruo kini masih lagi dalam sesi pengambaran dan di jangka bakal menemui para penonton pada tahun 2017 nanti. Layari laman sosial www.facebook.com/TombiruoMovie serta laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube AstroShaw untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #tombiruo , #tombiruomovie dan #penunggurimba bagi menyemarakkan lagi keterujaan filem ini.

Dari Kiri, Najwa Abu Bakar, Zainir Aminullah, Ramlee Awang Murshid, Puan Firdaus Hussamuddin

SINOPSIS Filem TOMBIRUO

Tombiruo. Legenda yang dibisikkan dan menjadi andaian. Mahkluk yang dikatakan memiliki kesaktian untuk menguasai hutan. Dia ditakuti, dicaci. Sebenarnya Tombiruo adalah pemuda yang jiwanya memberontak, lelaki yang tidak berwajah manusia namun sekaligus seorang yang bertanggungjawab dan dibebani kesaktian yang tidak dapat dikawalnya sentiasa memakai topeng untuk menyembunyikan kemelut dan kesepian di kalbunya.

Apabila sebuah projek empangan mencetuskan beberapa insiden yang menyebabkan kematian ayahnya, Tombiruo yang penuh dendam memburu mereka yang bertanggung-jawab.

Tetapi pemburu pula menjadi yang diburu. Tombiruo akan mengharungi satu pengembaraan yang penuh bahaya dan tragis, dan bersamanya mengenal erti persaudaraan, keluarga, dan cinta. Cuma dengan membuka hati dan menerima peranannya, Tombiruo akan dapat mengawal kuasanya dan mengalahkan musuh. Akhirnya dia akan menerima hak kelahiran sebagai Penunggu Rimba.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kenali Siapa Nasir Jani – Biografi Pengarah

Syamila Nuha Lancar Single Terbaru KAU MENJAUH