in ,

THE VANISHING Rungkai Misteri Rumah Api Lakonan Gerald Butler

Nampaknya filem yang membuka langsir 2019 disandang oleh filem aksi thriller yang berjudul THE VANISHING. Filem mengungkap babak misteri ini merupakan arahan Kristoffer Nyholm dan akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 10 Januari 2019.

Seperti yang kita boleh tengok di poster kat bawah ini, filem ini dilakonkan oleh seorang pelakon yang cukup berkaliber bernama Gerald Butler. Anda pula jangan keliru, sebelum ini ada filem yang menggunakan judul yang sama iaitu dilakonkan oleh Sandra Bullock dan Kiefer Sutherland. Jangan keliru pulak. THE VANISHING yang ini adalah sebuah filem terbaharu yang menarik untuk ditonton.

Poster The Vanishing
Poster THE VANISHING

Kisah dari filem ini diinspirasikan dari kisah benar yang berlaku empat hari sebelum sambutan Krismas pada tahun 1900. Sadis kan? Tengah-tengah orang sibuk buat persediaan untuk sambut Krismas, berlaku pulak tragedi yang tidak diinginkan.

Trailer Filem THE VANISHING

THE VANISHING bakal menemui penonton mulai 10 Januari 2019

Ia berkenaan dengan misteri Rumah Api Flannan yang berusia 118 tahun. Tiada ribut tiada angin, tiba-tiba tiga orang penjaga rumah api ini telah dilaporkan hilang secara misteri. Tanpa jejak, tanpa kesan dan tanpa sebarang bukti. Bagaimana mereka boleh hilang?

Apabila polis datang untuk memeriksa dan mencari tiga orang yang hilang tadi didapati rumah api itu berkunci rapat, jam di rumah api tidak bergerak dan tiada sebarang api. Yang pelik hanya ada satu hidangan di atas meja.

The Vanishing
Antara babak dalam THE VANISHING

Tidak tahu bagaimana dan sebab kenapa mereka tiba-tiba hilang dan lesap. Filem ini mengungkap misteri dan rahsia macamana mereka hilang. Adakah tiga orang penjaga rumah api ini berjaya ditemui? Nantikan filem ini dan tonton sampai tamat di pawagam. 

Selain Gerald Butler, filem ini dijayakan dengan lakonan berkesan dari Peter Mullan, Connor Swindells.

Filem terbitan Saban Films dulunya menggunakan judul KEEPERS. Cerita skrip ditulis oleh Joe Bone dan Celyn Jones. Diterbit oleh Andy Evans, Ade Shannon dan Sean Marley. 

The Vanishing
Gerald Butler dalam filem THE VANISHING

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

New Year Eve’s Glow in the Dark Glowtopia Festival

Tahniah! Zaaim Protege Siti Nordiana Juara Mentor 7