in

Filem Smurfs 3D Ditayang September 2011

Masih ingat lagi dengan siri kartun Smurfs? Alah, siapa yang tak kenal dengan Smurfs, kartun yang sangat nostalgik yang mengimbas kembali kenangan zaman kanak-kanak dulu. Ya, siri kartun kegemaran ramai. Budiey rasa ramai yang selalu tonton kartun ni masa zaman budak-budak dulu.

TRAILER TERBARU THE SMURFS:

Untuk pengemar kartun Smurfs, mungkin penantian untuk menonton Smurfs di layar besar pawagam menjadi kenyataan. Filem ini akan ditayangkan mulai 8 September ini. Lambat lagi, tapi sabar la ya. Masa berlalu begitu pantas. Tup tup, korang boleh tonton filem ini. Walaupun lambat lagi masuk sinema, trailer The Smurfs dah pun keluar untuk tontonan.

Trailer The Smurfs 1

Trailer The Smurfs 2

Dua perkara yang menarik tentang filem ini iaitu pertama filem ini akan ditayangkan juga dalam versi 3D. Mesti nampak real dan best kan? Dan yang keduanya, ia bukanlah sepenuhnya dalam bentuk animasi tapi turut dirakam di dunia realistik.

Filem dari Columbia Pictures’/Sony Pictures Animation’s ini dikategorikan dalam live action dan animasi komedi sesuai untuk seisi keluarga. The Smurfs akan membawa penonton mengembara ke dua alam. Alam Smurfs yang penuh dengan kegembiraan dan dunia realistik yang penuh dengan cabaran dan tipu helah.

Gara-gara dihambat oleh si jahat Gargamel dan menghalau Smurfs dari kampung, mereka telah terjebak ke dunia nyata dan jatuh di tengah-tengah kota New York, Central Park.

gargamel

Terperangkap dalam Big Apple, Smurfs berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan pulang ke dunia meraka sebelum si jahat Gargamel mengesan di mana mereka berada.

Smurfs in 3D ini dilakonkan oleh Neil Patrick Harris, Hank Azaria sebagai Gargamel and menggunakan suara Jonathan Winters sebagai Papa Smurf, Jeff Foxworthy (sebagai Handy Smurf), Katy Perry (sebagai Smurfette) dan Alan Cumming (sebagai Guts). Diarahkan oleh Raja Gosnell.

Nantikan Smurfs in 3D mulai September ini. Check out the official website at www.smurfhappens.com.

poster-smurfs-3d

smurfs

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Pulanglah Awi Rafael

Ada Sebab Saida Nekad Mahu Bercerai