in ,

Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang Filem SINDIKET

Isu pemerdagangan manusia dilihat antara jenayah yang cukup berkait rapat dengan kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Malah, sesiapa sahaja boleh berisiko menjadi mangsa sekiranya ia tidak dibendung dengan sebaiknya.

Menyedari hakikat itu, syarikat Loyal Studio Sdn. Bhd. mengambil inisiatif dengan menerbitkan sebuah filem berjudul Sindiket yang memberi fokus terhadap jenayah pemerdagangan manusia yang berlaku di Malaysia.

Filem Sindiket

FILEM SINDIKET Papar Kisah Pemerdagangan Manusia

Sindiket mengisahkan mengenai Inspektor Rudy daripada unit khas D7 yang berusaha keras membanteras kes pemerdagangan manusia. Kematian seorang gadis berusia 16 tahun memberi petanda baharu kepada pemburuan Inspektor Rudy terhadap sebuah kumpulan yang menjalankan aktiviti sindiket pemerdagangan manusia yang sangat dikehendaki di Malaysia.

Sudah bertahun-tahun Inspektor Rudy menjejaki gerak-geri kumpulan ini. Akhirnya dia dapat menyerbu tempat dipercayai kubu utama persembunyian Galang, ketua kumpulan itu. Pertempuran berlaku antara pihak polis dan kumpulan berkenaan. Beberapa anggota kumpulan itu berjaya ditembak mati dan cedera, tetapi malangnya ketua mereka Galang berjaya melarikan diri.

Bagaimanapun, bukan Galang dan beberapa konconya sahaja, malah turut bersama-sama mereka ialah gadis-gadis yang telah menjadi mangsa. Antara mereka ialah Noreen, Amira dan Yanti.

Sementara itu, Noreen dan Amira merupakan rakan karib yang baru memasuki tahun satu di universiti. Mereka telah ditipu dalam satu iklan bercuti sambil memperoleh pendapatan di sebuah pulau. Yanti pula datang dari sebuah kampung di Indonesia dan terpedaya dengan cinta palsu serta pendapatan yang lumayan di Malaysia.

Menjalani penggambaran di Pulau Sebatik, Kalimantan, Indonesia dan Kundasang di Sabah, filem bergenre aksi berkenaan turut mendapat sentuhan daripada pengarah terkenal iaitu Bade Hj Azmi.

Selain itu, filem yang mula menjalani penggambaran pada bulan Jun 2013 itu turut menampilkan ramai pelakon-pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Daphne Iking, Rashidi Ishak, Tony Eusoff dan Soo Wincci serta beberapa orang barisan pelakon dari Indonesia.

Kini, setelah empat tahun, filem Sindiket bakal menemui penonton pada 6 April 2017 di pawagam seluruh negara.

Filem Sindiket

Filem Sindiket

Youtube trailer
https://www.youtube.com/watch?v=qMp3Gf3lYqM

Facebook
https://www.facebook.com/filemsindiket/

Barisan pelakon

Sharnaaz Ahmad – Inspektor Rudy

Daphne Iking – Inspektor Sabrina

Liyana Jasmay – Noreen

Sharifah Amani – Amira

Rashidi Ishak – Galang

Tony Eusoff – Jack

Soo Wincci – Jane

Ebi Kornelis – Surias

Dato Jalaluddin Hassan – Tuan Hassan

Pelakon Indonesia

Wangi Julianda – Yanti

Danny Prima Agung – Raden

Hady Hartoni – Ardi

Filem Sindiket

Filem Sindiket

Filem Sindiket

Filem Sindiket

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fattah Amin Ajak Peminat Ikuti Toyota Vios Challenge

Pengorbanan Syafie Naswip Dalam Telemovie USUNG PUTIH