in

Filem Selamat Pagi Cinta di Slot Pentas Raya

PENTAS RAYA : FILEM SELAMAT PAGI CINTA DI TV1

Filem Selamat Pagi Cinta arahan pengarah muda, Norliana Samsudin terbitan Metrowealth Movies Production yang sarat memaparkan nilai dan pengorbanan dalam sebuah percintaan bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) khas tontonan seisi keluarga Aidilfitri ini.

Menenui penonton pada 12 September 2010 (Ahad), jam 3.05 petang menerusi slot Pentas Raya di TV1, filem ini dijayakan watak-wataknya oleh pelakon-pelakon hebat seperti Sharifah Amani, Que Haidar, Pierre Andre dan Fazura.

selamat pagi cinta2

Istimewanya Selamat Pagi Cinta mengetengahkan dua kisah cinta yang berbeza, kisah cinta seorang wanita dan kisah cinta seorang lelaki. Secara keseluruhannya filem ini memaparkan kisah suka duka orang bercinta penuh dengan asam garam tak kurang juga kemanisan cinta dalam diri mereka.

Kisahnya bermula dengan watak Julia (Fazura), seorang wanita yang menderita akibat kematian suaminya yang sangat dicintainya. Menceritakan bagaimana pertemuan dia dengan suaminya sehinggalah mereka berdua berkahwin. Ilham (Pierre Andre), seorang lelaki yang baik dan penyanyang.

Julia mengenali Ilham di sebuah kedai buku. Pertemuan singkat itu telah melahirkan ‘rasa’ di hati masing-masing. Ilham seberapa daya cuba memenangi hati Julia yang pada mulanya sukar menerima Ilham. Banyak peristiwa berlaku yang menguatkan takdir jodoh mereka dan akhirnya mereka berkahwin.

Kisah kedua, Azam (Que Haidar) yang juga merupakan seorang pelajar telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Suci (Sharifah Amani), anak orang berada. Azam dan Suci merupakan pelajar sebuah kolej.

Azam merupakan seorang anak tunggal yang berkerja secara sambilan untuk menyara atuknya tinggal dengan ibu saudaranya, Mak Su. Walaupun Mak Su sering menyuruh Azam menghantar Atuknya yang sudah nyanyuk ke rumak orang-orang tua tetapi Azam menolak kerana Atuklah yang menjaga Azam sejak kecil.

Azam sangat menyukai Suci dan ketika Suci mula merasai perkara yang sama, Azam pula terpaksa mengecewakannya apabila selalu tidak dapat menunaikan janjinya kerana tanggungjawabnya terhadap kerja dan Atuknya.

Pada suatu hari Azam berjanji untuk berjumpa Suci tetapi pada hari yang sama Atuknya telah terlibat dengan kemalangan. Sekali lagi Azam gagal menunaikan janjinya. Sehinggalah pada satu hari Azam terpaksa akur yang Suci telah beralih cinta kepada orang lain iaitu Yusry. Alasannya dia merasakan tidak serasi dengan Azam dan Azam menerima kata putus Suci. Azam cuba menjelaskan perkara sebenar tetapi Suci enggan mendengarnya. Apabila Suci mengetahui perkara sebenar semuanya sudah terlewat.

Justeru kepada anda yang masih belum berpeluang menyaksikan filem penuh tragis ini, pastikan anda menontonnya pada 12 September 2010 (Ahad), jam 3.05 petang menerusi slot Pentas Raya di TV1.

selamat pagi cinta3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raya Xpresi Kembara Bersama Tomok, Nubhan & Daus AF8

Siti Nurhaliza Jayakan Konsert Sambutan Hari Malaysia