in

Filem RATATOUILLE Khas Cuti Sekolah Ini

TV1 SIAR FILEM RATATOUILLE KHAS CUTI SEKOLAH INI

Cuti penggal persekolahan selama seminggu yang bakal bermula dari 12 hingga 20 Mac ini pastinya detik yang paling ditunggu murid-murid sekolah. Pelbagai perancangan mula berlegar di minda untuk memastikan waktu rehat daripada menghadiri kelas di sekolah tidak berlalu dengan sia-sia sahaja tanpa sebarang pengisian.

Stesen TV juga rancak menyajikan variasi program yang terbaik untuk tontonan mereka. Pendekatan itu turut direalisasikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mengajak penonton setia salurannya berhibur dengan gelagat tikus kecil yang mencuit hati menerusi filem Ratatouille disiarkan pada 17 Mac 2011, jam 2.05 petang di TV1.

Ratatouille adalah sebuah filem animasi komputer yang dilancarkan pada tahun 2007. Filem yang dihasilkan oleh Pixar dan diedar oleh Walt Disney Pictures yang telah berjaya mendapat tempat di hati penonton tanpa mengira peringkat umur dan bangsa.

Filem ini berlegar mengenai kisah seekor tikus yang bernama Rémy (suara oleh Patton Oswalt), yang ingin menjadi chef restoran terkenal di Paris. Diarahkan oleh Brad Bird, kisah Ratatouille yang sebutannya diambil berasal daripada nama makanan Perancis ini bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak sebaliknya orang dewasa yang meminati bidang animasi.

Kisahnya bermula dengan watak seekor tikus bernama Rémy mempunyai impian menjadi seorang tukang masak Perancis yang luar biasa. Namun keinginan tersebut adalah mustahil sebab Rémy berasal dari sebuah keluarga binatang perosak.

Ketika itu nasib membawa Remy ke salah satu lorong di Paris di mana ternyata mereka sebenarnya berada di bawah sebuah restoran dengan tukang masak terkenal, Auguste Gusteau. Kemudian, dia berjumpa dengan Languini, seorang budak yang baru bekerja di situ, bersama-sama mengubah nasib mereka berdua di bandar romantik itu.

Selain Patton Oswalt, filem ini turut meminjam suara Lou Romano, Peter Sohn, Brad Garrett, Janeane Garofalo, Ian Holm dan Brian Dennehy dalam menjayakan watak yang ada.

Kepada anda semua pastikan meluangkan masa menonton filem yang mencuit hati ini hanya di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem CUN!

Ayu Raudhah Dalam Drama KELAB EMANSIPASI