in , ,

Filem PIRATES OF CARIBBEAN 6 Bakal Ditayangkan Tanpa Johnny Depp?

Sudah jatuh ditimpa tangga, selepas terpalit dengan isu hangat keganasan domestik, Johnny Depp seperti kehilangan tempat di Hollywood. Populariti beliau dikatakan sudah jatuh merudum sehingga disingkirkan dari berlakon dalam filem terbaharu PIRATES OF CARIBBEAN. Apa sudah jadi ni?

Menjadi semakin parah apabila dia kalah dalam perbicaraan kesnya dengan bekas isteri Amber Heard, kemudian kalah juga kes saman fitnahnya terhadap News Group Newspapers, berhubung portal The Sun menerbitkan sebuah artikel pada tahun 2018 yang menyebut Depp sebagai ‘wife-beater‘.

Satu Demi Satu Tawaran Ditarik Semula

Mujurlah walaupun babaknya (hanya satu) dalam Fantastic Beast 3 digugurkan sebagai Gellert Grindelwald, dia masih mendapat bayaran penuh sebanyak RM41 juta daripada Warner Bros.

Filem PIRATES OF CARIBBEAN 6 Bakal Ditayangkan Tanpa Johnny Depp?

Disney Tolak Cadangan Masukkan Johnny Depp sebagai Cameo POTC 6

Kini Disney pula mengikuti jejak langkah ‘menjauhkan’ diri dari Johnny. Dailymail melaporkan, Disney telah menyekat Johnny Depp dari membuat kemunculan sebagai cameo dalam spin-off Pirates of The Caribbean yang baru. Maggot Robbie gais.

Namun, pihak Disney menyatakan sudah pun menjauhkan diri mereka dari Depp sebelum keputusan kes mahkamah lagi.

Disney dilaporkan menolak cadangan penerbit eksekutif filem, Jerry Bruckheimer, untuk membawa Depp kembali dalam filem tersebut. Disney percaya, keputusan membawa Depp kembali akan merosakkan imej mereka.

“Mereka (Disney) harus membawa dia kembali untuk memerintah lautan. Kalau tidak, kami tidak akan menonton filem Pirates of the Caribbean tanpa kapten kami!”

Susulan itu, lagi sekali peminat menggesa Depp dikembalikan semula dengan ribuan peminat menandatangani petisyen yang diwujudkan di laman Change.org, kempen yang menuntut Disney mengambilnya semula untuk berlakon dalam filem Pirates of the Caribbean.

Sedihlah tengok POTC kalau tak ada ikon Jack Sparrow ni.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Marah dengan Watak Amani, Netizen Paksa Hannah Delisha Tanggal Tudung

Elfira Loy Dilantik Jadi Duta Pelitup Muka Jenama HIMAYA