in , ,

Filem MISI JUANG EJEN ALI Penghormatan Buat Petugas Barisan Hadapan

Berikutan kejayaan kempen EJEN ALI #KitaJagaKita, Primeworks Studios dan WAU Animation telah bergabung sekali lagi untuk menerbitkan filem pendek pertama EJEN ALI berjudul MISI: JUANG yang akan dilancarkan pada 25 Disember 2020 ini, pada jam 9.45 malam menerusi saluran YouTube rasmi EJEN ALI.

Selepas filem pecah panggung EJEN ALI THE MOVIE  mencipta rekod kutipan box office pada November 2019, lagu runut bunyi Kita Jaga Kita nyanyian Altimet, Cuurley dan Malik Abdullah muncul menjadi ikutan dan laungan rakyat Malaysia untuk bersatu dan saling menyokong antara satu sama lain ketika wabak COVID-19 mula dirasakan pada awal tahun 2020.  

Berteraskan semangat KIta Jaga Kita yang sama, MISI: JUANG didedikasikan khas untuk petugas barisan hadapan, sebagai penghargaan atas kecekalan dan keberanian mereka dalam memerangi penularan pandemik COVID-19. 

Filem MISI JUANG EJEN ALI Penghormatan Buat Petugas Barisan Hadapan

MISI: JUANG  menampilkan usaha Ejen MATA dan rakyat yang bergabung bersama-sama petugas barisan hadapan di medan perang untuk melawan angkatan tentera COVID-19 yang mengancam nyawa. Mengetengahkan rendisi baru lagu tema Kita Jaga Kita, filem pendek ini menjadi lebih menarik dengan penampilan khas seorang figura istimewa yang membawa watak kameo untuk bergabung tenaga dengan Ejen MATA di medan pertempuran. 

Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation. Usamah Zaid Yasin berkata, 

“Setiap hari petugas barisan hadapan kita berada di medan perang, melawan musuh yang tidak dapat dilihat.  Dengan peningkatan jumlah kes positif setiap hari,  kami ingin menyeru semua Ejen diluar sana untuk turut serta dengan MISI; JUANG menzahirkan rasa terima kasih dan menunjukkan penghargaan atas usaha dan penngorbanan mereka agar sentiasa berwaspada, mempraktikkan dan mengikuti protokol keselamatan supaya bersama-sama kita memastikan pengorbanan barisan hadapan tidak sia-sia”.

– Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation. Usamah Zaid Yasin

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Dato’ Khairul Anwar Salleh menambah, 

“Sesungguhnya kita telah diuji dengan pelbagai rentetan peristiwa, cabaran dan dugaan yang luar biasa di tahun 2020. Namun kami berharap agar keadaan kembali pulih seperti sediakala pada tahun hadapan dan sejajar dengan kehidupan norma baru, kami ingin memperkenalkan rangkaian baru barangan EJEN ALI yang akan berada di pasaran bermula Januari 2021.  

– Dato’ Khairul Anwar Salleh

Antaranya adalah cecair pembasmi kuman hasil kerjasama dengan Carrie Bacbuster dan pelitup muka pelbagai corak.  

Barisan barangan baru ini melengkapkan lagi koleksi barangan sebelum ini iaitu set papan permainan MISI: BOOT CAMP, kad permainan (trading card) MISI: ALLIANCE dan komik SIDE MISSION yang boleh dimanfaatkan bersama keluarga di waktu lapang di rumah”.

Filem MISI JUANG EJEN ALI Penghormatan Buat Petugas Barisan Hadapan

Di musim cuti ini, EJEN ALI telah merekrut lima belas personaliti tempatan sebagai ejen untuk menyertai misi ‘unboxing’ MISI: JUANG yang bertujuan untuk memberi kesedaran betapa pentingnya duduk di rumah ketika ini.  Misi ini turut mendapat sokongan dari beberapa program TV tempatan yang akan turut serta sepanjang minggu ini.

Buat peminat filem animasi EJEN ALI THE MOVIE, filem ini akan ditayangkan di TV3 pada 25 Disember ini, pada jam 10.00 malam sebagai sebahagian daripada program istimewa sempena sambutan cuti perayaan dan menariknya, filem ini dialih bahasa ke Bahasa Inggeris.

EJEN ALI mengisahkan mengenai seorang budak lelaki bernama Ali yang secara tidak sengaja terlibat dengan sebuah peranti pintar, IRIS, milik agensi pengintipan, MATA. Akibat mengetahui terlalu banyak akan rahsia MATA, Ali direkrut sebagai ejen rahsia.

Siri animasi EJEN ALI  mula disiarkan di TV3 pada tahun 2016 dan sepanjang siarannya ke udara, siri ini juga turut disiarkan di lebih 50 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah, Afrika Utara, benua India dan Amerika Utara.  

Populariti siri EJEN ALI ini juga telah menyakinkan pihak produksi menghasilkan tiga permainan bagi alatan mudah alih yang yang telah meraih lebih dari 7,000,000 juta muat turun sehingga kini menerusi aplikasi di Apple App Store dan Google Play Store.

Filem MISI JUANG EJEN ALI Penghormatan Buat Petugas Barisan Hadapan

Kejayaan siri ini seterusnya direalisasikan oleh kutipan box-office melalui filem EJEN ALI THE MOVIE yang dilancarkan pada Disember 2019, telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM32  juta di layar perak dan platform on-demand di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, menjadikannya filem animasi terlaris di Malaysia.

Untuk maklumat terkini mengenai EJEN ALI, sila layari platform dibawah:

#EjenAliTheMovie #EjenAli #KitaJagaKita #AniMY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Dia Duda Tak Ada Anak,” – Pelakon Balkisyh Semundur Khan Selamat Bernikah

Kaji Dulu Sebelum Suntik, Sasha Saidin Dah Terima Suntikan Vaksin Jenis Sinopharm di UAE