in ,

Filem Menarik Istimewa Raikan Tahun Baru Cina 2013

5 Movie Special di TV2 : Raikan Tahun Baharu Cina 2013 Bersama Penonton Setia RTM

Sambutan Tahun Baru Cina dilengkapkan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

FILEM CJ 7

Lalu sebagai melengkapkan lagi kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut menjanjikan sajian filem-filem terbaik untuk hiburan penonton seisi keluarga sepanjang cuti umum ini yang dibintangi oleh aktor-aktor terkenal bermula dengan tayangan filem Just Another Pandora’s Box (7 Februari 2013), Shaolin Soccer (9 Februari 2013), Rob B Hood (10 Februari 2013), Warriors of Heaven And Earth (11 Februari 2013) dan CJ 7 (14 Februari 2013). Kesemua filem ini disiarkan menerusi saluran TV2 pada jam 10.30 malam kecuali Warriors of Heaven And Earth menemui penonton jam 9.00 malam.

Just Another Pandora’s Box lakonan hebat Ronald Cheng, Gigi Leung, Betty Sun, Athena Chu, Eric Tsang dan Huang Bo berkisar watak Rose Fairy mencari ‘Pedang Ungu’ yang telah dicuri oleh Qing Yise ketika dia merentasi sungai. Namun tanpa disedari oleh Rose Fairy, muncul Zhizun Bao mendapat pedang tersebut. Sejak itu, Rose Fairy berjanji untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja yang dapat mengembalikan semula pedang tersebut. Rose Fairy mula menjejaki Qing Yise ke mana sahaja dia pergi. Sesuatu yang pelik berlaku apabila Qing Yise kembali ke dunia zaman ‘ Tiga Kerajaan’.

Bila pengikut Shaolin bertemu kembali dan menggunakan kelebihan seni mempertahankan diri mereka untuk pasukan bola sepak mereka. Aksi menarik ini boleh diikuti dalam filem Shaolin Soccer lakonan Stephen Chow, Wei Zhao dan Yut Fei Wong.

Menerusi filem Rob B Hood pula saksikan aksi komedi berkisar tentang penculikan yang dibuat oleh Thongs, Octopus dan Landlord mencuri bayi kepada keluarga yang kaya. Filem kekeluargaan ini berkongsi watak menarik dibawakan oleh Jackie Chan, Louis Koo, Micheal Hui, Charlene Choi dan Gao Yuanyuan.

Penggemar filem yang melibatkan aksi pertempuran dan kepahlawan, usah ketinggalan menyaksikan filem Warriors of Heaven And Earth memaparkan kisah wakil dari China dihantar ke Gobi padang pasir untuk melaksanakan hukuman mati kepada askar yang membelot. Apabila kenderaan sami Buddha membawa muatan berharga, mereka telah dihalang oleh pencuri. Walaubagaimanapun dua orang pahlawan telah bersatu untuk menyelamatkan mereka. File mini dibintangi oleh Wen Jiang, Kiichi Nakai dan Xueqi Wang.

Masih ingatkah anda patung comel berwarna hijau yang berjaya mencuit hati penonton dalam filem CJ 7 ? Filem lakonan Stephen Chow, Kitty Zhang Yuqi dan Jiao Xu ini yang mengisahkan seorang pekerja miskin belajar mengenal kepentingan erti kehidupan selepas anak lelakinya menjumpai sebuah patung yang cantik.

Kongsikan detik-detik bermakna berkumpul seisi keluarga sempena perayaan ini hanya menerusi TV2.

filem Warriors of Heaven And Earth

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

G-Dragon Big Bang Sebar Gambar Taeyang Menari Tiang

Nazmi Faiz Tuduh Aidil Zafuan Jalin Hubungan Dengan Bekas Kekasih