in

Filem Menarik di Popcorn & Wednesday 8TV

POPCORN & WEDNESDAY
Ho! Ho! Ho! Santa bakal menyemarakkan suasana Hari Natal anda dengan filem-filem menarik di 8TV!

Sudahkah anda bersedia untuk meraikan Hari Natal anda? 8TV bakal menghidangkan filem-filem menarik sepanjang bulan ini khas untuk tontonan anda. Pelbagai filem menarik penuh aksi yang mendebarkan dan mencuit hati bakal memenuhi malam Rabu anda!

SON OF THE MASK
TARIKH SIARAN: 8 DISEMBER 2010
MASA: 10.00 MALAM
Anda sudah bertemu dengan The Mask, tetapi sudahkah anda bertemu dengan anaknya? Keadaan bakal menjadi kucar-kacir apabila seorang kartunis yang bercita-cita tinggi Tim Avery mendapati bayinya yang baru lahir mempunyai kuasa hebat dan unik dari the Mask! Belum lagi sempat melalui paranoia sebagai bapa, Tim mendapati dirinya dilanda pelbagai masalah! Selain itu, anjing Tim cemburu akan bayi itu dan telah sengaja merosakkan suasana di rumah Tim! Pelbagai aksi lucu tercetus semasa bayi dan anjing Tim berebut untuk mendapatkan kawalan the Mask! Filem ini pasti membuat anda tidak kering gusi!

SNAKES ON A PLANE
TARIKH SIARAN: 15 DISEMBER 2010
MASA: 10.00 MALAM
50,000 kaki di udara dan tiada tempat untuk melarikan diri, para penumpang pesawat dari Hawaii ke Los Angeles terpaksa menghadapi ular-ular berbisa di dalam pesawat yang mereka naiki! Seorang pemuda telah menjadi saksi kepada pembunuhan kejam yang dilakukan oleh kumpulan Mafia. Agen FBI Neville Flynn telah ditugaskan untuk membawa saksi itu ke Los Angeles bagi menghadiri sesi perbicaraan. Namun keadaan menjadi huru-hara selepas ketua mafia tersebut menyeludup beratus ekor ular berbisa dan melepaskan ular-ular tersebut semasa kargo sudah melepasi setengah daripada lautan Pasifik! Flynn, krew penerbangan dan penumpang pesawat harus berganding bahu meneruskan perjuangan untuk terus hidup!

SAHARA
TARIKH SIARAN: 22 DISEMBER 2010
MASA: 10.00 MALAM
Bersedia mengharungi kehangatan gurun terpanas di dunia dengan Dirk Pitt? Watak Dirk Pitt dilakonkan oleh Matthew McConaughey berkisarkan tentang perjalanan Pitt semasa beliau menjelajahi wilayah paling bahaya di Afrika Barat. Semasa Pitt menjumpai sebuah syiling, dia menemui lagenda disebalik syiling tersebut. Sebagai seorang peneroka terunggul, Pitt melihat ini sebagai kesempatan untuk mencari harta karun di Sahara! Adakah Pitt berjaya menjumpai harta karun tersebut? Saksikan filem Sahara untuk mengetahui kesudahan cerita ini.

SECRET SANTA
TARIKH SIARAN: 29 DISEMBER 2010
MASA: 10.00 MALAM
Rebecca (Jennie garth) telah ditugaskan untuk mengorek identiti sebenar Secret Santa di bandarnya. Dia tidak teragak-agak untuk mengambil peluang tersebut! Setelah menemui kebenaran mengenai Secret Santa, Rebecca telah berdepan dengan pelbagai masalah. Adakah Rebecca akan menerbitkan identiti sebenar Santa dan merosakkan Krismas di bandar itu? Atau beliau akan melawan naluri kewartawanan yang ada di dalam diri beliau dan menyimpan cerita tersebut? Ketahui jawapannya dalam filem Secret Santa yang disiarkan eksklusif di 8TV!

“Kami di 8TV telah memilih rangkaian filem yang luar biasa untuk memastikan malam Rabu anda tidak pernah sama!” kata Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV. Kim menambah, “Disember ini kami akan memberikan barisan pelakon hebat yang akan menyebarkan cinta dan keriangan sempena musim perayaan ini. Tontonilah filem-filem menarik sempana cuti panjang anda hanya di saluran hip 8TV!

Anda juga boleh menonton 8TV di saluran 708 Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan harian, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

saharaposter

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shuib Sepahtu Mengaku Bertunang Dengan Siti Sarah

Filem Surviving Christmas di TV2