in ,

Filem MAEL TOTEY THE MOVIE Raih Kutipan RM2.56 Juta Dalam Masa Empat Hari Tayangan

Filem arahan pertama selebriti Youtube, Syahmi Sazli telah meraih RM2.56 juta dalam tempoh empat hari tayangan sejak 22 Oktober lalu menerusi pawagam rumah anda, Astro First. Ini merupakan kutipan paling tinggi di platform Astro First (first run film) setakat ini sekaligus memecah rekod terdahulu yang dipegang oleh filem Syif Malam Raya.

Mael Totey The Movie mengangkat genre drama komedi dan mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul. Membariskan selebriti Youtube Syahmi Sazli, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail, penyampai radio GEGAR, Ewan, serta pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan ramai lagi.

Filem MAEL TOTEY THE MOVIE Raih Kutipan RM2.56 Juta Dalam Masa Empat Hari Tayangan

Penerbit dan juga Pengarah Filem Mael Totey The MovieSyahmi Sazli berkata,

“Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton, peminat, pengikut kami serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang memberi sokongan padu pada filem ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih buat pihak Astro serta radio ERA, SINAR, ZAYAN dan terutamanya radio GEGAR yang banyak membantu dan memberi sokongan dari fasa produksi sehingga fasa promosi sekarang ini.

Tidak dilupakan buat rakan media yang tidak putus-putus menghebahkan karya-karya saya selama ini. Saya tidak menyangka filem arahan pertama saya akan mendapat sambutan luar biasa. Fenomena yang tercetus ini memberi semangat baharu buat saya untuk terus menghasilkan karya yang lebih baik.”

Syahmi Sazli

Menurut Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, pihaknya sentiasa komited dalam membantu membuka ruang buat penerbit tempatan untuk menayangkan karya kepada penonton sasaran dalam tempoh sekarang ini. Ternyata inisiatif ini dilihat mampu memberi jalan positif untuk menjana semula ekonomi dalam industri hiburan.

Sesuatu yang agak istimewa tentang Mael Totey The Movie, ia merupakan hasil filem pertama produksi dan arahan bakat kreatif, Syahmi Sazli dan kejayaan ini telah menambahkan lagi sinar harapan baru buat industri perfileman tempatan yang terjejas akibat Covid-19.

Di samping itu, kejayaan ini juga secara tidak langsung telah melahirkan bakat baru dan menjadi game changer di dalam industri di mana seorang Youtuber berusaha memajukan diri ke tahap yang lebih tinggi.

Sokongan positif diberikan oleh para penonton mendorong pihak kami untuk membawakan lebih banyak filem yang dilihat berpotensi sebagai karya terbaik dan menepati cita rasa penonton.”

Raja Jastina Raja Arshad

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan filem Mael Totey The Movie yang kini berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim MAEL TOTEY THE MOVIE di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rezeki Anak, Scha Al-Yahya Kini Dilantik Jadi Duta & Wajah Produk MEERACLE

Filem Asal Netflix OVER THE MOON Kini Dalam Bahasa Malaysia