in ,

Filem Madagascar Escape 2 Africa Di TV2

Filem Madagascar : Escape 2 Africa Di TV2

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton terutama di kalangan peminat filem Madagascar yang tidak sabar mahu ke pawagam menyaksikan siri terbaharu Madagascar 3 : Europe’s Most Wanted terdahulu meluangkan masa menyaksikan Madagascar : Escape 2 Africa menerusi TV2.

Telatah dan gelagat bintang Madagascar yang mencuit hati pastinya mampu membuatkan peminat yang sentiasa menyokong filem animasi ini yang bakal berada di pawagam pada 7 Jun ini tidak sabar berkongsi plot yang lebih lucu dan menarik yang masih mengekalkan watak seperti Alez, Gloria dan Melman dalam siri terbaru itu. Ia adalah kesinambungan daripada dua episod terdahulu iaitu Madagascar pada 2005 diikuti Madagascar: Escape 2 Africa pada 2008 yang mendapat sambutan di seluruh dunia.

Disiarkan mengisi slot English Blockbuster pada 25 Mei ini, jam 10.00 malam, filem animasi Madagascar : Escape 2 Africa yang menggunakan suara pelakon Benn Stiller, Chris Rock, David Schwimmer, Jada Pinkett Smith dan Sacha Baron mengisahkan tentang kehidupan empat sekawan, Alex, si singa, Marty si kuda belang, Gloria si badak air betina dan Melman si zirafah yang tinggal di New York’s Central Zoo. Mereka berempat merupakan kawan baik dan popular disebabkan pertunjukan mereka di Zoo.

Walau bagaimanapun, setelah salah seekor daripada mereka terlepas daripada sangkar, yang lain berusaha untuk melepaskan diri dan mencari kawan mereka yang hilang supaya mereka dapat bersatu kembali. Mereka merampas sebuah kapal untuk ke Afrika dan disana pelbagai masalah timbul sehingga mewujudkan huru-hara.

Watak-watak yang dipamerkan dalam filem ini nyata dekat di hati semua masyarakat yang pernah menontonnya. Ia adalah sebuah filem yang diminati oleh kanak-kanak dan seisi keluarga terutama di kalangan peminat filem animasi.

Ceriakan cuti sekolah anda dengan meluangkan masa menonton filem ini hanya di TV2.

Madagascar Escape 2 Africa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ady Putra Sah Fail Cerai

Unriddle 2 Siri Penyiasatan Jenayah Popular