in ,

Ahmad Idham Bakal Hasilkan Filem IMPAK MAKSIMA UNDERGROUND

Lama juga Budiey tak kemaskini berita terbaharu tentang Ahmad Idham. Terbaharu, pengarah prolifik satu ketika dulu bakal kembali mengegarkan dunia perfileman di tahun 2019 nanti. Selain drama Spanar Jaya, beliau bakal bikin filem aksi!

Beberapa hari lalu, pengarah dan juga penerbit tersohor Ahmad Idham telah kasi teaser dengan mengumumkan tentang penghasilan sebuah filem aksi perlumbaan berjudul IMPAK MAKSIMA UNDERGROUND. Sebuah poster promo telah dimuatnaik sendiri di laman Instagram dengan kata-kata, “The boys are back…”

Impak Maksima Underground

Namun, buat masa ini, beliau tidak mendedahkan pelakon dan juga barisan krew serta sinopsis filem IMPAK MAKSIMA UNDERGROUND. Adakah filem ini merulpakan sekuel kepada filem IMPAK MAKSIMA yang pernah dikeluarkan sebelum ini pada tahun 2007. Filem IMPAK MAKSIMA pernah dijayakan oleh pelakon Awal Ashaari, Zul Huzaimy, Eizlan Yusof dan ramai lagi.

Oh cakap pasal Zul Huzaimy, khabarnya akan bikin filem REMP-IT 2 selaku pengarah dan turut berlakon. Filem ini diusahama bersama dengan Datuk Farid Kamil.

Trailer Filem IMPAK MAKSIMA

Mengimbas kembali zaman kegemilangan Ahmad Idham, filem IMPAK MAKSIMA bermodalkan RM1.5 juta telah meraih kutipan RM2 juta. Filem ini turut dileretkan ke siri TV berjudul IMPAK MAKSIMA THE SERIES dan REMPIT vs IMPAK MAKSIMA. 

Selain mahu bikin filem, Ahmad Idham juga buka restoran makanan Ayam Korea.

Sama-sama kita nantikan pengumuman seterusnya di sidang media. 

Filem IMPAK MAKSIMA UNDERGROUND bakal mengegarkan pawagam di tahun 2019.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Ippo Hafiz Kahwin Senyap-Senyap?

Sinopsis Telemovie RAIL PAYANANGAL di Astro VAANAVIL