in , ,

Filem Hebat Lakonan Jamal Abdillah Di RTM

2 Filem Hebat Lakonan Jamal Abdillah Di RTM

Peminat penyanyi tersohor negara, Jamal Abdillah yang merindui bakat dan kemunculannya dalam bidang lakonan usah ketinggalan menyaksikan dua filem hebat lakonan penyanyi bersuara ‘jantan’ sewaktu zaman kegemilangan lakonannya suatu ketika dahulu yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot Sinema Ahad bulan ini.

Bergandingan dengan dua heroin popular Raja Ema dan Sofea Jane, penonton diajak mengimbas kembali filem lakonan Juara Bintang RTM 1979 yang terkenal dengan bakal lakonan dan nyanyiannya itu dalam melakonkan watak menarik sebagai Bani dalam filem Sejati yang mengkehendakinya melakonkan watak pemuda yang menghidapi penyakit kanser paru-paru yang agak serius.

Disiarkan pada 23 Oktober, jam 10.00 malam, filem Sejati berlegar sekitar kisah Bani, seorang lepasan universiti telah tercedera dalam satu perlumbaan motosikal haram. Semasa di hospital doktor telah mendapati Bani menghidap kanser paru-paru yang agak serius. Ibu bapanya dan doktor mahu merahsiakan penyakit itu dari Bani tetapi secara kebetulan dia telah mendengarnya. Bani disuruh berehat di Cameron Highlands dan semasa berada di sana dia dirawat oleh Dr. Ariffin.

Menerusi filem ini, Jamal Abdillah bergandingan dengan heroinnya Raja Ema juga Latiff Ibrahim, Noraini Hashim, Accapan, Din Glamor dan Baharuddin Omar.
Menyusul kemudiannya filem kedua yang menyatukannya dengan pelakon cantik Sofea Jane sebagai pasangan kekasih menerusi tayangan filem Kekasih Awal & Akhir pada 30 Oktober, jam 10.00 malam yang berkongsi kisah Yusman lakonan Jamal Abdillah yang telah dikurung oleh bapanya Dato’ Alwi setelah berkenalan dengan Maria anak perempuan Yahya, pemandu Dato’ Alwi. Marlia yang dijayakan wataknya oleh Sofea Jane pada hakikatnya telah berjaya mengajar Yusman tentang erti kehidupan di luar.

Takdir menentukan jodoh mereka hanya separuh jalan dimana mereka kemudiannya berpisah apabila Dato’ Alwi meninggal dunia dan Yusman menuntut di London. Pada masa sama mereka berikrar untuk berjumpa semula suatu hari nanti kelak dan persahabatan antara mereka terus terjalin.

Demi menjaga air muka serta mahu menjaga status dirinya supaya standing denga gaya hidup Yusman, Marlia menipu Yusman dengan menyatakan dia bekerja sebagai pengurus sebuah bank di Kuala Lumpur. Namun sebenarnya Marlia salah seorang pekerja kilang milik Yusman.

Konflik berlaku apabila Marlia mengetahui yang Yusman akan berada di Kuala Lumpur dan akan mencarinya. Ketika itu Marlia sedar dirinya terpaksa meneruskan penipuan walau dengan apa cara sekalipun. Selain Jamal Abdillah dan Sofea Jane, ia turut dibintangi oleh Zizie Izette, Cico Harahap, Imuda, Azwan Ali, Nor Albaniah, Afida Es dan R. Jaafar.

Justeru kepada peminat Jamal Abdillah yang ingin mengimbas kembali lakonannya suatu ketika dahulu pastikan anda meluangkan masa menyaksikan filem Sejati (23 Oktober 2011) dan Kekasih Awal dan Akhir, jam 10.00 malam di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Justin Bieber Is Coming To Town Arthur Christmas

Finalis Vokal Bukan Sekadar Rupa Minggu Kedua