in ,

Filem Hangat Bulan April di TV9

TERPAKU SETIAP SABTU DENGAN FILEM HANGAT APRIL INI

Sepanjang April ini, kami pasti ramai yang terpaku melihat filem-filem menarik yang disediakan khusus buat penonton setia TV9. Bermula dengan filem remaja Pisau Cukur, tidak kurang juga filem pecah panggung The Mask, Kelab Idola yang ditunggu dan dinantikan oleh kanak-kanak, dan kisah Cinta, yang menjadi milik anda pada setiap Sabtu jam 9.00 malam.

Sabtu ini, 9 April jam 9.00 malam, anda akan terhibur melihat gelagat dua gadis yang bercita-cita tinggi mengejar lelaki yang kaya dan terpengaruh semata-mata untuk dapat hidup mewah dan mendapat apa yang diidamkan. Pisau Cukur lakonan Fazura dan Maya Karin ini bukan sahaja lucu tetapi masing-masing terperangkap dengan sangkar yang mereka bina sendiri ketika bertembung dengan isteri-isteri Datuk yang ingin digoda dan tidak ketinggalan juga anak-anak kepada Datuk tersebut.

fimie

Tidak puas dengan filem lucu itu, kami juga menyediakan filem yang lebih lucu menerusi filem pecah panggung 17 tahun lalu iaitu The Mask pada 16 April ini. Lihat sahaja telatah Jim Carrey yang sememangnya lawak membawa dua perwatakan berbeza ketika memakai topeng magik yang ditemuinya ketika berada di satu pelabuhan lama. Filem aksi komedi arahan Chuck Russel ini memberi tanggungjawab kepada Jim Carrey memegang watak sebagai kerani bank bernama Stanley Ipkiss.

Setiap kali apabila Stanley mengenakan topeng tersebut, perwatakannya mula berubah menjadi semakin romantik tetapi pada masa yang sama bersifat ganas. Stanley cuba menolong Tina Carlyle (Cameron Diaz) daripada teman lelakinya Dorian Tyrel (Peter Rieger), seorang penjenayah. Stanley menaruh hati terhadap Tina dan berusaha mengambil hatinya. Untuk menyelamatkan Tina dan memenangi hati Tina, Jim Carrey telah menggunakan topeng tersebut. Berjayakah Stanley berbuat demikian? Sudah semestinya The Mask ini dapat menceriakan Sabtu anda nanti.

Kepada adik-adik yang begitu merindui program Idola Kecil, jangan risau kerana Idola Kecil akan menemui adik-adik semua menerusi telefilem sensasi terbaru mereka iaitu Kelab Idola pada 23 April jam 9.00 malam nanti. Telefilem eksklusif ini dilakonkan oleh Dayana (IK2) dan Harris (IK3) bergandingan dengan Fimie Don, Kazaruddin Saisi dan Zaibo menceritakan tentang 6 pelajar yang nakal yang sentiasa gagal di dalam peperiksaan dan mempunyai masalah disiplin. Untuk memupuk semula minat mereka terhadap pelajaran, Cikgu Badrul telah mewujudkan satu kelab yang dieri nama Kelab Idola.

Namun setiap perkara baik pasti mendapat tentangan daripada orang sekeliling. Itu juga yang terjadi kepada Cikgu Badrul dan pelajar-pelajar Kelab Idola mereka. Bukan sahaja tentangan daripada guru-guru, pelajar-pelajar, malahan ibu bapa mereka juga. Apa kesudahan kepada 6 pelajar bermasalah dan seorang guru ini apabila hasrat mereka ditentang oleh guru-guru lain? Dapatkah mereka bertahan? Berjayakah Cikgu Badrul mendisiplinkan keenam pelajar yang bermasalah itu? Jawapannya pada Sabtu, 23 April jam 9.00 malam nanti!

Kemeriahan filem terhebat ini diakhiri dengan filem yang pernah merangkul Anugerah Filem Terbaik pada Filem Festival Malaysia ke 20 iaitu Cinta. Filem yang ditayangkan khas buat penonton setia kami ini diarahkan oleh pengarah berkaliber, Khabir Bhatia dan turut merangkul Anugerah Lakon Layar Terbaik, Penyunting Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik. Raikan perjalanan cinta antara suami isteri, adik-beradik, rakan karib, mereka yang kesepian dan cinta pandangan pertama hanya menerusi Cinta 30 April, jam 9.00 malam ini. Lebih hebat Cinta dilakonkan oleh Datuk Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Eizlan Yusof, Fasha Sandha, Nanu Baharuddin, Que Haidar, Rashidi Ishak dan Rita Rudaini.

Filem-filem terbaik ini telah disusunkan khas buat anda semua secara eksklusif pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam hanya menerusi saluran Di Hatiku TV9!.

Dayana

Dayana

Harris (IK3)

Harris

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SYFY UNIVERSAL CHANNEL

Kakiku Kaku Single Terbaru MImie Haris