in , ,

Filem-Filem Hebat Kini Bersedia ke Layar Perak

Astro Shaw Membawakan Filem-Filem Hebat, Dari Astro First Ke Tayangan Pawagam. ‘Syif Malam Raya, Ada Apa Dengan Dosa & Town Mall Kini Bersedia ke Layar Perak’

Apabila pawagam tanah air kembali beroperasi sejak 1 Julai lalu, ia merupakan satu khabar gembira buat peminat filem serta penggiat industri tempatan. Inilah masanya buat kaki wayang melepaskan rindu dengan menikmati kualiti filem menerusi sinematik yang berbeza di layar perak. Sebagai tanda sokongan penuh kepada pihak pawagam, Astro Shaw mengambil satu lagi langkah inisiatif dengan membawakan filem-filem hebat ke pawagam.

Usaha ini juga secara tidak langsung diharap dapat membantu industri filem tanah air untuk terus bergerak secara aktif dalam berdepan dengan kemerosotan industri pawagam di Malaysia atas kesan daripada Pandemik Covid-19.

Menariknya, kali ini Astro Shaw memperkenalkan buat pertama kali dalam sejarah industri filem tempatan dengan membawakan filem-filem hebat yang pernah ditayangkan di Astro First semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, kini ke pawagam.

Langkah strategik ini akan dimulakan dengan penayangan filem terkini iaitu Syif Malam Raya pada 30 Julai, diikuti dengan Ada Apa Dengan Dosa bermula 10 September dan Town Mall pada 1 Oktober. Ketiga-tiga filem telah melakar kejayaan tersendiri di Astro First. Seiring dengan rangka pemasaran yang kreatif, Syif Malam Raya berjaya meraih RM 3 juta dalam hanya tempoh 10 hari dan itu adalah satu pencapaian luar biasa bagi platform Astro First.

Lanjutan daripada kerjasama sebelumnya, pihak penerbit masih meletakkan kepercayaan kepada Astro Shaw untuk menjadi pengedar bagi aktiviti edaran di pawagam pula.

VP, Head of Astro Shaw _ Nusantara_Raja Jastina Raja Arshad
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad 

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menjelaskan, “Apabila pihak kerajaan membenarkan pawagam kembali beroperasi bermula 1 Julai lalu, sudah tentu ia merupakan satu perkhabaran gembira. Sebagai tanda sokongan Astro kepada pawagam, kami bawakan khas tiga buah filem hebat untuk ditayangkan di layar besar. Ketiga-tiga filem berbeza genre ini telah mencetus fenomena apabila berjaya mengungguli kutipan tinggi di Carta Astro First. Kami yakin pasti ramai yang turut ingin menikmati keseronokkan rasa seram komedi ‘Syif Malam Raya’, babak menyayat hati anak luar nikah dalam ‘Ada Apa Dengan Dosa’ dan keseraman yang diinspirasi daripada kisah benar, ‘Town Mall’ di layar besar. Selaras dengan itu, kami ingin beri peluang buat penonton untuk merasai perspektif dan pengalaman sinematik yang berbeza di panggung wayang. Kami mengharapkan inisiatif ini dapat merancakkan kembali industri perfileman tempatan dan sekali gus membantu menjana ekonomi negaraDalam pada itu, kami juga sentiasa membuka ruang dan bersedia untuk bekerjasama dengan lebih ramai penerbit-penerbit di luar sana untuk membawa karya mereka dipersembahkan kepada penonton sasaran.”

Sementara itu, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid menyatakan pihaknya menyambut baik dan menyokong usaha Astro dalam membantu penjanaan semula industri perfileman dan pawagam.

Sudah menjadi tanggungjawab FINAS dalam membantu penggiat seni dan pawagam yang terjejas dari pasca Covid -19. Apabila pihak Astro mengemukakan langkah pro-aktif ini, pastinya kami menyambut dengan rasa berbesar hati untuk sama-sama merancakkan semula ekonomi filem tanah air. Idea dan konsep yang diperkenalkan oleh Astro ini adalah sesuatu yang baru dan bagus buat industri. Jadi, pihak kami memainkan peranan dengan menyokong dalam perlaksanaannya. Kami harap inisiatif ini bukan sahaja dapat membantu penerbit filem dan pihak pawagam, malah menjadi motivasi kepada penerbit filem tempatan untuk terus menghasilkan lebih banyak filem berkualiti meski pun dalam keadaan normal baharu sekarang ini,”

Zakaria Abdul Hamid

Buat penonton yang ingin merasai perbezaan sinematik di pawagam, jangan lepaskan peluang untuk membeli tiket anda di pawagam berhampiran anda. Dalam keterujaan untuk menonton di pawagam, Astro Shaw juga ingin mengingatkan kepada penonton agar sentiasa tingkatkan komitmen dalam aspek kawalan kendiri serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP), yang ditetapkan oleh kerajaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dekati Muslim Eropah Dalam Travelog Muslim Footstep

Salammusik Meraikan Ulangtahun Pertama Album Riawayat