in

Filem Eeee, Hantu Lakonan Raja Farah & Ashraf Sinclair

ashraf sinclair

Sebuah filem komedi seram arahan Majed Saleh (pengarah filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang lakonan Farid Kamil dan Siti Elizad) berjudul Eee…Hantu kini sedang dalam pengambaran. Antara pelakon yang membintangi filem yang menelan belanja RM 1.5 juta ini ialah Ashraf Sinclair, Raja Farah, Arry Putra, Yasmin Isa, S.Shamsuddin, Saiful Apek, Datuk Jalaluddin Hassan, Nasir Bilal Khan, Maidin, Ruminah Sidek, Zila Bakarin, Nursyella, Latiff Ibrahim, Dian P.Ramlee dan Harun Salim Bachik. Juga memperkenalkan pelakon dari Indonesia iaitu Dea Lestari (Bukan Bunga Citra Lestari, ya!) dan penyanyi dangdut Tessa Mariska, yang menggantikan Ratu Gelek Gerudi, Inul Daratista yang menolak tawaran ini kerana mahu mengerjakan haji bersama Datuk Siti Nurhaliza. Filem yang menggunakan teknik CGI ini mengisahkan 5 anak muda yang menyertai ekspedisi ke Gunung Ledang. Lalu, mereka tersesat dan di situlah bermulanya kisah seram ini. Menggunakan tok dalang lakonan S.Shamsuddin dan Saiful Apek sebagai pencerita. Apakah filem ini akan berjaya? Saya rasa untuk membuat orang ketawa dalam suasana seram memang agak susah… tapi kalau kena cara memang boleh. Tapi bunyi tajuk filem ni pun dah lain macam, kan? Mesti lawak giler!

[tags]filem eee hantu, sinopsis eee hantu, raja farah, ashraf sinclair, gambar penerjun mati, lima langkawi, citra bunga lestari, gambar ashraf sinclair kahwin, majed saleh, filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang, lawak selamba, koleksi cerita lawak, funny dialog, funniest video clip, farid kamil, siti elizad, Arry Putra, Yasmin Isa, S.Shamsuddin, Saiful Apek, Datuk Jalaluddin Hassan, Nasir Bilal Khan, Maidin, Ruminah Sidek, Zila Bakarin, Nursyella, Latiff Ibrahim, Dian P.Ramlee, Harun Salim Bachik, Tessa Mariska, lagu dangdut, kursus teknik cgi[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zi Lin Zhang Miss China PR crowned Miss World 2007

Lepas Faradhiya, Kat Mentor, Gossip Hattan & Siti Elizad pulak!