in ,

Filem BOBOIBOY THE MOVIE Kutip RM1Juta Untuk 2 Hari Tayangan

Budiey nak ucapkan tahniah buat produksi dan juga semua yang menjayakan filem BOBOIBOY THE MOVIE kerana filem animasi ini telah berjaya mengutip RM1juta untuk dua hari tayangan. Satu jumlah yang memberangsangkan.

Jadi, kepada anda pembaca yang belum lagi menonton filem ini, apa kata kita penuhkan pawagam untuk menonton filem yang menarik ini.

Kepada yang belum lagi membaca ulasan dari kami, jom lah klik SINI untuk baca ulasan dari kami ya.

Tahniah dari kami!

Boboiboy the movie

Sinopsis Boboiboy The Movie

Boboiboy bersama rakan-rakannya Gopal, Yaya, Ying dan Fang telah didatangi oleh sekumpulan pemburu paling handal di alam semesta. Sekumpulan tersebut dinamakan Tengkotak yang diketuai oleh Borara.

Geng Tengkotak datang ke bumi dengan satu tujuan ingin mencari Sfera Purba aka Klamkabut dengan mengambil kuasa hebat milik Klamkabut.

Pada masa yang sama, Yoyooh dari geng Tengkotak telah merampas Ochobot dari Boboiboy untuk memudahkan lagi pencarian kelamkabut dengan lebih detail yang telah bersembunyi di Bumi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wajib Tonton Video Di Sebalik Tabir Filem MUNAFIK

Senarai Penuh Pencalonan Awal ANUGERAH PILIHAN ONLINE 2016