in ,

Filem Animasi di TV9

ANIMASI TERHEBAT BAKAL TEMUI PENONTON DI TV9

TV9 sentiasa menampilkan barisan rancangan segar dan bermutu khas buat adik-adik semasa cuti hari minggu. Terbaru, dua siri animasi, Perman dan Monster Kids bakal mengisi slot Anime Ahad TV9 pasti menceriakan hari anda di rumah bagi menghabiskan masa lapang bersama keluarga. Rancangan terbaru yang berdaya saing, Perman dan Monster Kids ini masing-masing akan disiarkan pada setiap hari Ahad, jam 5.30 petang dan 6.00 petang bermula 5 April 2009 ini.

Animasi bertajuk Perman ini mengisahkan budak lelaki yang berpewatakan kebodoh-bodohan bernama Mitsuo Suwa. Mitsuo mampu berubah menjadi seorang budak berkuasa luar biasa serta mempunyai tenaga hebat dengan hanya memakai sejenis topeng. Lencana istimewanya pula membolehkan dia untuk berkomunikasi dengan Perman lain serta bernafas di dalam air. Manakala, bagi melindungi identitinya semasa misi Perman, Mitsuo mempunyai robot yang seiras dengannya. Aksi lasak dan penuh debaran yang ditonjolkan dalam siri Perman ini pasti memberi kepuasan kepada adik-adik semasa menonton.

Slot Anime Ahad diteruskan pada jam 6.00 petang dengan siri kartun Monster Kids yang mengisahkan Taro Kaibutsu diberi gelaran Monster Kid. Taro adalah seorang putera dari dunia aneh digelar Monster Land yang datang ke bumi untuk memburu tiga raksasa ganas bernama Dracula, Wolfman, dan Franken. Dia yang tinggal bersama pengikutnya mempunyai kawan dari bumi bernama Hiroshi serta menyukai seorang gadis, Ako. Tugas dan misi Taro adalah untuk melawan, menghukum serta memberi pengajaran kepada orang dan raksasa yang berbuat kejahatan di bumi. Sebuah lagi kartun aksi ini berusaha untuk menarik penonton kanak-kanak berusia antara empat hingga 14 tahun.

Bagi mengalami pelbagai aksi cemas, angan-angan, pengembaraan menakjubkan dan plot-plot lucu yang pasti memberi keseronokan semasa menonton, saksikanlah dua rancangan animasi terbaru di slot Anime Ahad ini. TV9 sentiasa menjanjikan keseronokan berpanjangan semasa menonton bagi mengisi masa lapang adik-adik.
 
Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penerbit Tidak Jemput Pengarah Filem di Majlis Prebiu?

Anith Tersingkir Dari One In A Million