in

Fesyenista Manja Baby Kiko

Inilah peluang bayi anda untuk dirias oleh selebriti popular Malaysia!

Rancangan yang menarik perhatian ramai tahun lalu, Fesyenista Manja Baby Kiko, kini kembali dengan musim kedua yang menampilkan cabaran yang berbeza!

Pada musim yang lalu, penonton disajikan dengan telatah dan gelagat pasangan selebriti menguji kreativiti merias si manja mereka. Uniknya musim kedua ini ialah penonton sendiri berpeluang merasai cabaran tersebut kerana pertandingan realiti ini bakal membuka peluang kepada orang awam untuk terlibat dalam cabaran menghias si manja masing-masing dengan menggunakan pakaian jenama Baby Kiko bagi menjayakan tema-tema cabaran yang telah ditetapkan.

Tambah menarik lagi, setiap daripada pasangan yang bakal dipilih nanti turut diberi peluang untuk bekerjasama dengan selebriti-selebriti popular tanah air yang akan bertindak sebagai perunding fesyen untuk si manja mereka. Pasangan yang berjaya menambat hati juri bakal menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 15,000. Penonton juga berpeluang untuk mengundi pasangan pilihan masing-masing melalui undian di Facebook dan pasangan yang terpilih bakal menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM10,000.

Konsep hiburan realiti seumpama ini adalah yang pertama dipersembahkan oleh pihak Astro dengan kerjasama penaja Baby Kiko, jenama premium dan peneraju unggul dalam fesyen bayi.

“Kami di Baby Kiko ingin terus menguatkan kedudukan kami di industri ini sebagai jenama terkemuka lagi premium bagi kategori fesyen bayi dengan memperkukuhkan visi “Amazing Babies’ kami. Setiap rekaan dan hasil keluaran Baby Kiko yang akan dipersembahkan melalui rancangan ini adalah berteraskan kreativiti yang tinggi dan terkini berdasarakan tema ‘Pretty’, ‘Fun’, ‘Cute’ dan ‘Cool’.

Setelah sekian lama mempelopori industry ini, kami arif dengan keterujaan ibu bapa dalam mempergayakan fesyen pakaian anak- anak mereka, oleh itu kami mengharapkan kerjasama antara Baby Kiko dan Astro Ria melalui Fesyenista Manja Baby Kiko dapat memberikan inspirasi kepada penonton ibu bapa dalam menggayakan fesyen anak- anak mereka!” kata Cik Ivy Chin, Pengurus Pemasaran Jenama Baby Kiko

Bagi pasangan yang berminat, anda boleh dapatkan borang penyertaan di kaunter Baby Kiko atau muat turun dari Facebook Baby Kiko. Anda juga diminta untuk melampirkan borang penyertaan,foto terkini ibubapa dan bayi bersaiz 4R dan juga foto terkini bayi menggayakan koleksi baby Kiko.

Penyertaan akan ditutup pada 25 Disember 2011. Jangan lepaskan peluang yang menarik ini. Fesyenista Manja baby Kiko 2 akan menemui anda di Astro Ria pada tahun hadapan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Sumpahan Puaka

AIRASIA Named TTG’s Best Asian Low-Cost Carrier