in , , ,

Fesyen Lady Gaga ala Cinderella di Golden Globe 2019

Seperti biasa karpet merah menjadi gelanggang para selebriti mempamerkan aset diri dan citarasa mereka dalam busana paling gah, memukau, vogue dari pelbagai rumah fesyen ternama.

Penyanyi ternama Lady Gaga tampak anggun ketika tampil di atas karpet merah Golden Globe 2019 di California, Amerika Syarikat semalam. Pelakon utama filem A Star Is Born itu mengenakan gaun couture biru rancangan Valentino yang membuat Lady Gaga tampil seperti puteri Cinderella.

Apalagi ketika gaun tersebut dipadukan dengan rambut putih yang dirias dengan gaya ‘cepol’. Selain tampak serasi dengan gaunnya, mewarnakan rambut sudah menjadi salah satu ciri khas dari penampilan Gaga sendiri.

Lady Gaga Pukau Gaun Biru Persis Cinderella
Lady Gaga Pukau Gaun Biru Persis Cinderella

Cukup memukau peminat tatkala si diva Lady Gaga turut tercalon buat pertama kali dalam kategori Aktress Terbaik bagi filem A Star Is Born. Wow! Congrats Gaga!

Bukan biasa-biasa, Lady Gaga tampil dalam sepersalinan gaun meleret biru ‘powdery blue’ dari Valentino yang padan dengan warna rambutnya blonde dititipkan biru. From head to toe, penampilan Lady Gaga cukup anggun dan layak diangkat sebagai ‘Best Dressed’ bahkan sudah persis Cinderella.

Di media sosial Twitter, banyak netizen mengaitkan penampilan Gaga dengan gaun biru muda yang dikenakan aktris Judy Garland pada film original A Star Is Born 1954 lalu. Ada pun gaun strapless dengan lengan panjang mengembung yang dikenakan pelantun “Born This Way” tersebut merupakan sebahagian dari koleksi musim gugur 2018. Dengan bahagian bawah gaun yang meleret ke lantai nampak anggun di karpet merah.

Penampilan Gaga disempurnakan lagi dengan aksesori kalung berlian dan anting Tiffany & Co yang dikenakannya. Pada Golden Globe ke-76 ini Gaga tampil sebagai presenter sekaligus nominasi Pelakon Filem Drama Terbaik. Selain nominasi tersebut, filem yang dibintangi Gaga juga mendapatkan nominasi di beberapa kategori. Di antaranya Aktor Drama Terbaik (Bradley Cooper), Sutradara Terbaik (Bradley Cooper) dan Film Drama Terbaik.

Lady Gaga Pukau Gaun Biru Persis Cinderella
Lady Gaga Pukau Gaun Biru Persis Cinderella
Lady Gaga Pukau Gaun Biru Persis Cinderella
Lady Gaga Pukau Gaun Biru Persis Cinderella

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab AQUAMAN Diangkat Sebagai Filem Terbaik DC

Istana Budaya Lancar Kalendar Senarai Program 2019