in

Festival Filem Malaysia 25

Pada jam 3 petang tadi, berlangsung Sidang Media Festival Filem Malaysia di Hotel InterContinental, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

FFM25 akan berlangsung pada 26 Disember hingga malam kemuncaknya 30 Disember depan di PWTC, direalisasi dengan tema ‘Merayakan Perak, Mengilhamkan Emas’. Memasuki tahun ke-25 penganjuran sekaligus sempena ulangtahun Jubli Perak, penganjuran kali ini dilihat sebagai satu festival yang cukup istimewa.

Selain, tidak seperti tahun sebelumnya FFM dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), tetapi tahun bertukar tangan yang mana akan dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM).

FFM25

Bercakap pada sidang media FFM25 semalam, Ketua Pengarah Finas, Mohd Naguib Razak berkata, pihak Gafim telah menyerahkan surat kepada Finas sebagai makluman melepaskan mandat mengajurkan majlis tersebut. Bagaimanapun Finas akan dibantu oleh PFM dan turut melibatkan badan pertubuhan seni lain seperti Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Tambah Naguib selama 25 tahun ini bukan saja banyak perjuangan dan pengorbanan tetapi juga hasil kejayaan menerusi filem-filem tempatan yang memberikan perkembangan yang memberangsangkan dalam industri. Malahan lebih membanggakan rantau negara jiran seperti Indonesia kagum dengan statistik filem Malaysia.

“Tahun ini kita sempena ulangtahun Jubli Perak FFM, kita akan cuba mengimbas perjalanan filem-filem kita sambil mendapatkan pandangan dan meraikan kejayaan.

“Pemilihan tarikh untuk malam kemuncaknya dipilih pada 30 Disember kerana ia merupakan tarikh sentimental iaitu betul-betul penghujung tahun. Jadi rasanya ia sangat sesuai untuk kita mengimbas seluruh pencapaian daripada awal tahun ini , kata Naguib yang turut menjelaskan anjakan tarikh kali ini.

Sementara itu, Datuk Yusuf Haslam berkata tahun ini sebanyak lebih 70 buah filem yang layak dipertandingkan. Pengarah juga penerbit tersohor ini juga mengesa penerbit supaya memberikan kerjasama dan sepakat untuk menyertai festival kali ini dengan menghantarkan filem-filem terbitan mereka.

“Berapa banyak filem yang akan dipertandingkan, itu terpulang kepada penyertaan. Apa yang boleh saya katakan, industri filem kita telah mencatat satu sejarah mengeluarkan filem paling banyak.

“Sepanjang tahun ini saja sebanyak 77 buah filem diterbitkan. Dengan lambakan filem-filem ini ia menunjukkan satu peningkatan dalam industri. Cuma sambutan penonton ke panggung agak merosot. Diharapkan fenomena ini akan berubah dan seterusnya filem-filem kita kembali dengan pungutan yang lebih baik.

“Diharapkan juga para penerbit sama-sama menyertai festival ini. Ini festival kita. Festival ini tak akan berjaya tanpa sokongan mereka (penggiat filem).

“Tak dinafi dari dulu sampai sekarang, setiap pengajuran pasti akan ada rasa ketidakpuashatian. Jadi kalau ada perselisihan faham tu, saya berharap kita sama-sama bersemuka dan duduk berbincang dan sebolehnya kita elakkan pergeseran”, ujarnya yang turut hadir pada sidang media berkenaan mewakili PFM.

Pun begitu masih terlalu awal untuk kita menjangkakan siapa yang bakal mengunggguli FFM25. Bagaimanapun difahamkan proses penjurian akan ditentukan dengan strategi yang terbaik dan berkemungkinan ada anugerah baru yang akan diperkenalkan. Sementara para penerbit boleh mula menghantar filem-filem terbitan mereka hari ini sehingga tarikh tutup pada 2 November ini. Pusingan awal penjurian akan memilih 25 filem untuk disenarai pendekkan bagi penilaian peringkat seterusnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jimmy Shanley Dilamar Selepas Seminggu Bercerai?

Rahsia Stesen Radio ERA FM Kekal Radio Nombor Satu Negara