in , ,

Festival Filem Malaysia Ke-30 Dihoskan oleh Nabil Ahmad & Adibah Noor

Pada hari ini, tanggal 12 Mac 2019 telah berlangsungnya majlis sidang media Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) yang diadakan di Dorsett Hartamas, Kuala Lumpur. Jom baca ni untuk info korang yang berminat.

Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) akhirnya kembali diadakan pada 30 Mac ini bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pengerusi Perbadanan Filem Nasional (Finas), Datuk Samsuni Mohd Nor berkata penganjuran FFM30 adalah untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat industri filem tempatan selain membudayakan semangat cinta filem keluaran tempatan.

Festival Filem Malaysia

“Pelbagai sektor telah menyumbang kepada perkembangan industri filem tempatan. Maka, FFM30 kembali pada tahun ini bagi memberi pengiktirafan kepada semua penggiat filem yang terlibat dalam penerbitan filem sepanjang tahun lalu.

“Sebanyak 42 filem akan bertanding bagi merebut 27 kategori yang dipertandingkan,”

– Pengerusi Perbadanan Filem Nasional (Finas), Datuk Samsuni Mohd Nor

Lebih 42 judul termasuk filem pecah panggung dijangka memberikan persaingan sengit pada Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30). Antara filem yang dipertandingkan seperti Munafik 2, Pinjamkan Hatiku, Paskal, Polis Evo 2, KL Special Force, Tombiruo, One Two Jaga dan Hantu Kak Limah.

FFM30 akan dihoskan oleh pasangan pengacara Nabil Ahmad dan Adibah Noor dengan mengangkat tema Inspirasi Sinemaku. Kali terakhir FFM29 diadakan adalah pada 24 September 2017.

Antara selebriti yang terlibat sebagai penyampai anugerah pada malam berprestij itu ialah Datuk Yusof Haslam, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Maya Karin, Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Zul Ariffin, Erma Fatima dan ramai lagi.

Fauzi berkata, sejajar usia tiga dekad penganjurannya, ada kejutan menanti khalayak pada malam kemuncak festival itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) nanti, iaitu pembabitan artis antarabangsa sebagai penyeri.

Malah, beberapa aktiviti yang mendekatkan masyarakat dengan industri filem dan pertemuan antara penggiat seni tempatan dengan pengkarya global juga bakal dilaksanakan.

Ia akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eric Chou As Portrait Icon OPPO F11 Pro

Lazada Siar Konsert Dua Lipa Sempena Ulangtahun Ke-7 di Jakarta Secara Langsung