in , ,

Fenomena 7 Hari Mencintaiku, TV3 Ikat Novel Siti Rosmizah, Bakal Diadaptasi Secara Eksklusif

Drama Akasia : 7 Hari Mencintaiku 2 telahpun menamatkan sirinya setelah bersiaran selama 33 episod bermula 2 Julai hingga 17 Ogos lalu.

Kisah percintaan Mia Adriana dan Khuzairi semakin menjadi-jadi, sehingga berjaya menyatukan 12 Juta penonton sepanjang 33 episod menurut sumber Nielsen 2020, manakala episod akhir drama karya novelis Siti Rosmizah ini juga berjaya meraih 5 Juta tontonan di TV3.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Khairul Anwar Salleh

Kami amat berterima kasih atas sokongan para penonton dari 7 Hari Mencintaiku pertama sehingga sekarang. Kami mengambil sokongan ini sebagai satu permintaan daripada peminat.

Kami amat bertuah dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan Puan Siti Rosmizah dan karya beliau yang sentiasa mendapat tempat di hati penonton. Garapan mantap penulis Puan Siti Rosmizah membuatkan penonton tidak senang duduk, apatah lagi dengan “plot twist” di luar jangkaan.

Sukacita ingin kami maklumkan, pihak TV3 akan menandatangani usahasama bersama SR One Sdn Bhd selama 2 tahun di mana pihak TV3 mendapat hak eksklusif adaptasi novel-novel Siti Rosmizah dan juga beberapa novel terbitan di bawah SR One Sdn Bhd.

Semestinya peminat novel Siti Rozmizah amat teruja dengan berita ini apabila novel-novel kegemararan mereka bakal diapatasi di TV3.” 

Datuk Khairul Anwar Salleh
TV3 Memeterai Memorandum Persefahaman Dengan SR One Sdn Bhd

Sementara itu, Puan Siti Rosmizah menyatakan,

Kejayaan dua karya saya sudah dijangka kerana melihat pada jualan novel ini yang begitu laris jadi secara dasarnya peminat- peminat Novel ini telah pun sedia ada.

Saya berterima kasih pada pihak TV3 yang memberi kepercayaan pada syarikat produksi saya SR One Sdn Bhd untuk menerbitkan drama ini.

Saya juga bersyukur atas sokongan para penonton dan peminat novel kerana kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa mereka.

Insya-Allah atas permintaan ramai peminat-peminat drama 7 Hari Mencintaiku drama 7 Hari Mencintaiku 3 bakal menyusul tahun hadapan.

Mudah-mudahan saya terus sihat untuk terus berkarya. 7 Hari Mencintaiku 3 adalah hadiah teristimewa dari saya dan pihak TV3 buat anda semua.’

Puan Siti Rosmizah
Barisan Pelakon 7HM2 Bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Dato_ Khairul Anwar Salleh dan Pengarah Urusan _ Penerbit SR One Sdn Bhd, Puan Siti Rozmizah Semail

Drama ini juga didapati tular di media sosial, setiap kali ia bersiaran. Terutamanya mengenai watak kebaikan Khuzairi (Shukri Yahya) sebagai seorang suami, dan kebencian netizen terhadap watak Nurul Ain (Wafariena Roslan) dan Mak Leha (Liza Abdullah). 7 Hari Mencintaiku 2 ini turut dibintangi oleh Siti Saleha, Wan Sharmila, Jaja Ilyes, Faye Kusairi, Syazwan Zulkifly, Bil Azali, Jasmin Hamid dan Kazar Saisi.

Sekali lagi dapatkah rumah tangga Khuzairi dan Mia Adriana berkekalan kali ini dengan dua cahaya mata mereka? Adakah Mak Leha benar-benar dapat menerima Mia Adriana sebagai keluarganya, sepenuh hati? Jawapan persoalan-persoalan tersebut terpulang kepada penonton 7 Hari Mencintaiku 2 dan karyawan Puan Siti Rosmizah. Dapatkan maklumat lanjut mengenai drama-drama TV3 di xtra.com.my dan laman media sosial rasmi @TV3Malaysia dan @DramaSangat di Instagram, Facebook, dan Twitter.

Selain dari itu, dapatkan gosip terbaru dan tip gaya hidup anda melalui laman xtra (www.xtra.com.my), kini boleh dilayari menerusi web dan aplikasi tonton. Muat turun atau kemas kini aplikasi baru tonton dari Google Play & App Store hari ini atau layari www.tonton.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peminat Hantar Teks Lucah, Luqman Faiz Ajak Jumpa Bawah Jambatan Pulau Pinang

Setelah 8 Tahun Menunggu, Isteri Jehan Miskin Sah Hamil