in

Feel Good Run 2012 Batalkan Larian Bersama Haiwan Peliharaan

Pihak penganjur Feel Good Run 2012 ingin memohon maaf kepada orang ramai kerana terpaksa melupakan rancangan awalnya untuk memperkenalkan larian yang memberi ruang kepada pemilik haiwan untuk berlari bersama haiwan peliharaan mereka di dalam larian amal yang bakal berlangsung pada 8 Julai nanti di Sri Pentas, Bandar Utama.

ntv7

Mengambil kira nasihat dan maklum balas daripada pelbagai pihak berkenaan soal keselamatan dan sebarang kebarangkalian terhadap pelari dan haiwan, pihak jawatankuasa terpaksa mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. “Kami telah pelajari daripada pelbagai larian yang sedia ada bahawa aspek keselamatan adalah yang paling terpenting daripada semua aspek. Pasukan kami tentunya memerlukan lebih masa persediaan dan latihan untuk benar-benar lengkap dan bersedia kerana ini merupakan sesuatu yang baru buat kami,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

“Kami sentiasa cuba untuk memberikan para pelari sebuah pengalaman yang penuh ceria dan kami percaya peraturan sebegini amat penting di dalam mana-mana jua acara larian yang lain,” tambah Airin.

Walaupun keputusan untuk membatalkan larian bersama haiwan telah dibuat, namun pihak penganjur akan tetap memastikan pelbagai perkara menarik bakal menanti mereka pada 8 Julai ini.

Sementara itu, jumlah penyertaan sehingga kini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan sejak dibuka pada 21 Mac dan bagi pelari yang benar-benar berminat adalah digalakkan untuk melakukannya dengan kadar segera sebelum tarikh tutupnya pada 1 Jun.

Penyertaan boleh dilakukan secara online di laman sesawang rasmi Feel Good Run di www.ntv7.com.my/feelgoodrun, manakala penyertaan secara manual pula boleh dilakukan di:

• Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA), Level 2C, Multipurpose Hall, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat 50150, Kuala Lumpur
• Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd, No 51 Jln SS 18/6, 47500 Subang Jaya

Peserta yang berminat juga boleh mengajukan sebarang kemusykilan mereka melalui emel ke [email protected] atau hubungi talian Hooha.Asia 03-56373821 untuk keterangan lanjut.

Penganjuran Feel Good Run buat julung kalinya pada tahun lepas adalah bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-13 stesen ntv7 dan bertujuan untuk menyebarkan keseronokan bersama keluarga dan rakan taulan di samping bergembira dan kekal cergas. Untuk maklumat lanjut mengenai acara larian ini, layari www.ntv7.com.my/feelgoodrun.

ntv7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HTC One X & One V The Best Postpaid Deal In Malaysia

IAMNEETA Kini Artis Baru NAR Records